Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2016

Adakah Allah sudah berpaling darimu?

Suatu ketika  Al Imam Hasan Al-Basri telah di tanya  oleh seorang pemuda: Soalan Pemuda : "Aku telah melakukan banyak maksiat,mengapa aku tidak dihukum?" Soalan Al Imam Hassan Al- Basri :"Adakah kamu bangun tahajud?" Jawapan Pemuda : "Tidak." Jawapan Al Imam Hassan Al- Basri : "Itulah hukuman kamu yang seberat-beratnya.Tiada hukuman yg lebih perit jika Tuhanmu telah berpaling darimu. Dia tidak lagi mahu "berbicara" dengan mu." "Cukuplah Allah S.W.T. menarik nikmat dan kelazatan tahajud dalam dirimu itu sebagai hukuman" **** Apakah Allah sudah berpaling dariku????? Ya Allah Ya Affuw Ya Ghaffar  Ya Tawwab Ya Quddus Ya Jalil Maafkan aku Ampunilah aku Terimalah taubatku Bersihkan dan Jernihkan hatiku Dari penyakit hati, dosa & berhala dunia

Dunia & Akhirat

Dunia dan Akhirat itu umpama rumput dan padi Bila di tanam padi, rumput akan tumbuh juga Tetapi bila di tanam rumput, tak pula akan tertumbuhnya padi bersama Begitulah juga Dunia dan Akhirat  Kejar akhirat, dunia akan dapat bersama  Kejar dunia, hanya mendapat dunia semata-mata Assalamualaikum dan selamat pagi sahabat... Semoga Allah mempermudahkan segala urusanmu pada hari ini Semoga Allah kurniakan rezeki sederas air sungai yang mengalir deras Semoga hari ini Allah memberikan anda kelapangan sebelum tibanya hari sibuk. Amin.

Bersyukurkah kita??????

bila kita punya sesuatu yang kita rasa bagus, Kita selalu tanya orang kau ada? Kita lupa ya, banyak juga benda bagus yang dia ada. Kita ada??? Ingat ingatkan diri sendiri wahai hati, ianya bukan tentang apa yg kita ada atau tiada Ianya tentang kesyukuran saat ada Ianya tentang mendoakan pada yg tiada. Ia bukan soal material. Ia soal tembus pada material. Ia bukan tentang apa yang hamba ada Ianya tentang bijaknya pembagian Sang Pencipta. Hidup ini bukan untuk dibandingkan Apa lagi sebuah pertandingan. Hidup ini persinggahan mengutip bekal secukupnya balik ke negeri abadi. Soalan yang sepatutnya.. Berapa banyak sudah bekal kita ada?? Mari kita saling menarik tangan Mari kita saling mengalih beban. Mari kita bersama sama. Selamanya.. cukuplah Allah bagiku.

FIKIRAN DAN PERASAAN

Bismillahhirrahmanirrahim Apa yang kita  fikirkan sangat mempengaruhi hati.  Justeru,jika kita  ingin mengetahui bagaimanakah keadaan hatimu,periksalah keadaan pemikiranmu - sama ada positif atau negatif. Hati itu merasa,akal pula berfikir. Fikiran dan perasaan saling berhubungan, fikiran menentukan perasaan. Justeru untuk mengawal perasaan,terlebih dahulu kawallah fikiran. ... Jika hati atau perasaanmu ceria,insyaAllah itu petanda fikiranmu juga positif. Lalu tindakan-tindakan pun akan turut positif. Dan insyaAllah hanya selepas itu,tindakan-tindakan yang positif itu akan menghasilkan natijah yang produktif. Kata bijak pandai,kita adalah fikiran kita dan bukan apa yang kita fikirkan tentang kita. Ingat betul-betul bahawa hati itu umpama magnet.Ia mempunyai kuasa menarik sesuatu yang berada di luar diri ke dalam diri.Apa yang hati rasakan itulah yang akan diterima sebagai pantulan. Salam kedamaian hati

Hafiz Hamidun - Zikir Terapi Diri (Full Album Audio)