Skip to main content

Happy Father's Day To All The Beloved Father Out There


Seperti kebiasaannya pada setiap tahun Hari Ahad minggu ketiga di bulan Jun telah diwartakan sebagai "Hari Bapa". Maka di hari tersebut bapa, ayah, daddy, papa, bapa, abah, bapak, abi dan pelbagai lagi pangggilan istimewa untuk seorang "AYAH" diraikan oleh anak-anak mereka. Pada yang berkemampuan dibelikan hadiah dan berkunjung ke restoran yang ekslusif. Tapi bagi yang kurang berkemampuan hanya sekadar ucapan ataupun memadai dengan sekeping kad ucapan sahaja sebagai tanda menghargai jasa insan istimewa bergelar bapa. Apapun bagi diri aku yang penting bukanlah nilai hadiah tersebut tapi keikhlasan kita dalam menghargai jasa yang telah dicurahkan kepada anak-anak tanpa mengenal erti perit dan jemu. Bapa dengan ikhlas mencari rezeki untuk memberikan kehidupan yang sempurna dan terbaik untuk keluarga tercinta, walaupun kadang-kala jasanya itu dipandang remeh dengan alasan 'mencari rezeki adalah tanggung-jawab bapa'.


Aku bersyukur kerana masih mempunyai ibu dan bapa dan pada pendapat peribadi aku "Hari Bapa adalah setiap hari dan bukan pada waktu tertentu sahaja kerana ibu dan bapa ini adalah insan yang paling istimewa dan tersangat mulia hatinya. Jadi pada yang masih mempunyai ibu dan bapa, aku sarankan agar sayangilah dan berbuat baiklah pada mereka selagi nyawa mereka masih dikandung badan.


Ibu dan bapa tatkala meningkat usia amat memerlukan perhatian kita, anak-anaknya, mereka bukannya memerlukan duit-ringgit kita tapi perhatian serta kasih-sayang kita amat mereka rindukan tatkala meniti usia senja.


Oleh itu aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Selamat Hari Bapa" kepada ayah aku yang tersayang Ibrahim bin Udin dan bapa mertua yang aku kasihi Haji Abd Rani Md Hussain. Terima kasih di atas segala jasa dan kasih-sayang yang telah dicurahkan dan tak lupa juga untuk suami tercinta aku juga mengucapkan "Selamat Hari Bapa" dan terima kasih kerana telah menjadi seorang Abah yang terbaik dan penyayang kepada Muhammad Irfan Harraz dan Nur Aisyah Asila dan terima kasih juga kerana telah memberikan segala yang terbaik untuk aku dan anak-anak.




Semoga Allah panjangkan jodoh kita dan semoga kebahagiaan yang dikecapi ini kekal sehingga ke akhir hayat. Ameen.

Comments

Popular posts from this blog

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana d...

HATI !!! ADAKAH ENGKAU TENANG HARI INI

Seringkali kita jaga hati insan lain, Namun hati sendiri terluka dalam sepi. Sampai bila harus begini? Kita jadi pendengar segala cerita, Tenang tatkala amarah melanda, Sabar, diam menanggung rasa. Namun siapa yang memeluk jiwa kita, Menyejukkan luka yang tak terucap? Tiada salahnya menjadi baik, Tapi salah jika kebaikan itu memakan jiwa, Menghancurkan diri dalam senyap. Hati kita juga punya rindu, Perlu diusap, perlu dijaga. Jika dunia tak mengerti, Biarlah kita yang merawat sendiri, Dengan kasih sayang yang tak bertepi. Mulailah hari ini, letakkan tangan di dada, Bisikkan pada hati, “Adakah kau tenang di hari ini?” Jangan lupa, kawan, Bahwa kita bukan malaikat tanpa kelemahan, Bukan batu karang yang tak retak atau rapuh. Kita juga manusia, Yang perlukan ruang untuk menangis, Untuk marah, untuk lelah, dan untuk sembuh. Berikan diri izin untuk berhenti sejenak, Menghela nafas dalam-dalam, Merasakan detak jantung yang sama, Sambil memeluk harapan yang masih t...