Syarikat tempat aku bekerja amat aktif juga dalam menjalankan aktiviti kebajikan. Pada pendapat aku apa juga bentuk kebajikan yang ingin kita lakukan biarlah dilakukan dengan seikhlas hati dan tanpa membataskan kepada perbezaan agama dan kepercayaan kerana bagi aku menolong sesama insan, itu yang utama.
Sejak awal tahun 2009 CSR Committee di syarikat aku telah memilih Happy Retirement Home (Rumah Orang-orant Tua) yang terletak di Kepala Batas sebagai tempat bagi kami menjalankan pelbagai aktiviti kebajikan. Happy Retirement Home ini diasaskan oleh Madam Khor hasil daripada wang simpanan beliau sendiri. Terdapat seramai 30 orang penghuni di sini termasuk seorang penghuni melayu. Madam Khor di bantu oleh 2 orang pembantu Indonesia bagi menguruskan segala keperluan penghuni-penghuni di sini. Dari pemerhatian aku kesemua penghuni disini amat uzur yang kebanyakkannya menggunakan kerusi roda dan ada juga yang yang terbaring di katil.

Aku kagum dengan semangat yang ada pada Madam Khor walaupun sudah berusia di pertengahan 60an tapi beliau masih kelihatan cergas dan ceria. Menurut Madam Khor walaupun beliau memang ada mengenakan bayaran untuk setiap penghuni di sini tetapi tak ramai yang berbuat demikian jadi beliau bergantung pada sumbangan orang ramai bagi menguruskan pusat jagaan tersebut. Sedih juga aku dengar bila Madam Khor memberitahu kami sewaktu kali pertama kami berkunjung ke sana, beliau terpaksa menjual sayur kucai dan limau nipis yang di tanam di halaman pusat jagaan tersebut bagi mendapatkan wang saku untuk membeli keperluan makanan penghuni di situ. Lalu aku dan kawan-kawan terfikir berapa sangatlah pendapatan yang beliau perolehi kalau hanya menjual sayur kucai dan limau nipis tu. Oleh itu, dari semasa ke semasa kami akan menghantar keperluan makanan ke situ, walaupun sumbangannya mungkin kecil tapi aku yakin ia dapat juga meringankan beban Madam Khor.
Setiap kali aku pergi ke rumah orang-orang tua tersebut hati aku amat tersentuh kerana tak dapat hendak aku bayangkan betapa sunyi dan sedihnya hati mereka dan betapa masa yang dilalui begitu panjang. Aku perasan, setiap kali berkunjung ke situ aku akan melihat Uncle-uncle yang sama akan duduk di lokasi yang sama dan ada ketikanya melakukan aktiviti yang sama seperti kunjungan-kunjungan aku sebelumnya, ada kalanya mereka kelihatan membelek-belek jari sendiri dan ada juga yang hanya termenung jauh, tak tau apa yang mereka fikirkan dan ada pula yang hanya memerhati ke sana dan ke sini. Aku jarang melihat mereka berbual sesama sendiri kerana masalah pendengaran yang sudah tidak begitu baik dan penglihatan mereka juga sudah agak kabur. Hati aku memang sedih melihat keadaan mereka dan aku juga diberitahu oleh Madam Khor kebanyakkan penghuni di situ masih mempunyai keluarga dan anak.
Aku pernah melihat sendiri seorang Auntie yang tidak mahu makan walaupun selepas di pujuk oleh pembantu indonesia dan apabila ditanya, pembantu itu memberitahu bahawa Auntie tersebut akan bersikap tidak mahu makan bila anaknya sudah lama tidak menjenguknya dan kerana rindu auntie tersebut sanggup untuk tidak makan. Setiap kali aku dan kawan-kawan ke situ kami akan cuba meluangkan masa untuk berbual dan bertanya khabar pada Uncle and Auntie yang masih boleh berbual-bual dan pelbagai kisah sedih mereka di kongsikan dengan kami. Kadang-kadang aku terfikir kenapa seorang ibu dan bapa boleh menjaga sedozen anak tapi sedozen anak belum tentuk dapat menjaga kedua ibu-bapa tersebut.
Dimanakah letaknya nilai kasih-sayang anak-anak terhadap kedua ibu-bapanya. Kenapakah institusi kekeluargaan kini sudah semakin rapuh? Beginilah nasib yang menimpa kesemua orang-orang tua yang ditempatkan di situ. Nasib aku tak tahu lagi bagaimana? Harapan aku agar sinar kegembiraan masih mampu untuk menerangi uncle dan autie di situ. Aku juga berharap agar Allah swt membuka hati semua anak-anak untuk sentiasa menyayangi kedua ibu-bapa mereka sehingga ke akhir hayatnya dan berilah kebahagiaan kepada mereka sebelum ajal menjemput dan mereka menutup mata.

Satu pelajaran yang aku belajar dari Madam Khor : "Live for today, never think of anything for tommorow because we never know whether we will still live tommorow, so we must live happily today". Madam Khor memberitahu aku dan kawan-kawan bila menguruskan orang-orang tua tersebut baru beliau sedar betapa rapuhnya nyawa seseorang manusia itu kerana hampir setiap minggu beliau melihat kematian di hadapan mata. Semenjak itu setiap hari aku tanamkan di hati yang aku hanya ingin hidup gembira untuk setiap hari itu selagi masih ada hayat dan kesempatana untuk hidup yang diberikan Allah s.w.t.
Bersama ini aku kongsikan gambar yang diambil di Happy Retirement Home semasa aktivit gotong royong mengecat bangunan, gambar aku bersama kawan-kawan di situ, gambar aku dengan pengasas rumah tersebut, Madam Khor dan gambar penghuni di situ untuk tatapan semua.
Comments
Post a Comment