Skip to main content

Salam Ceria ..........

Seperti hari-hari sebelumnya aku kebiasaannya akan memulakan hariku dengan dua rangkaian affirmasi favourite aku iaitu : "I Give Thanks For My Many Blessings, Just For Today I Will Not Anger, Just For Today I Will Not Worry, I Will Do My Work Honestly and I Will Be Kind To People And Every Living Thing" dan "Today Is Greater Than Yesterday and Tomorrow Will Be Greater Than Today"


Semoga hari-hari yang bakal aku tempuhi menjanjikan seribu kebahagiaan, kejayaan, ketenangan dan kekayaan. Aku juga sering berdoa agar segala impian aku akan menjadi kenyataan. Ameen.....!


Aku bersyukur ke hadrat Illahi kerana telah mengurniakan kepada aku sebuah keluarga yang bahagia dan ceria. Seorang suami yang baik dan amat menyayangiku dan anak-anak. Aku juga bahagia dengan kehadiran seorang putera dan puteri yang baik, lucu dan sentiasa menjadi penghibur di hati aku dan Suami. Semoga kedua-duanya akan menjadi insan yang berguna pada agama, bangsa dan negara di suatu hari nanti. Semoga keduanya akan menjadi insan-insan yang berjaya dan cemerlang di satu hari nanti. Rasanya semua ibu dan bapa pasti akan meletakkan impian begitu terhadap permata hati mereka....kerana setiap ibu dan bapa pasti hanya akan mengharapkan dan mendoakan yang terbaik sahaja untuk anak-anaknya.


Emosi aku tiba-tiba sedikit terganggu tatkala aku sedang menaip di blog ini, di Sinar FM berkumandang lagu nyanyian Allahyarham Sudirman "Pelangi Petang". Bait-bait senikata lagu ini di antaranya : "Seharian waktu bersamamu tak terasa saat yang berlalu...." dan "Engkau tiba bagaikan pelangi tak bercahaya namun kau berseri, bagai pelangi petang kau kan pasti pergi jua......" tiba-tiba meruntun hatiku. Maklumlah lagu ini suatu ketika dahulu pernah menjadi di antara lagu-lagu kegemaran aku...Iyalah sebagai manusia setiap kita pasti mempunyai kisah dan kenangan silam yang masih kuat melekat di ingatan kita walaupun kita terlalu ingin dan telah mencuba sedaya mungkin untuk melupakannya. Mungkin benar seperti lagu nyanyian Aliyah yang sering ke udara sekarang "tak mungkin kerana sayang, hanya kadang kala aku terkenang".


Ok setakat ini dulu yang dapat aku coretkan dan Insyaallah aku akan berkongsi lagi coretan tinta aku di lain waktu dan ketika.


Comments

Popular posts from this blog

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana d...

HATI !!! ADAKAH ENGKAU TENANG HARI INI

Seringkali kita jaga hati insan lain, Namun hati sendiri terluka dalam sepi. Sampai bila harus begini? Kita jadi pendengar segala cerita, Tenang tatkala amarah melanda, Sabar, diam menanggung rasa. Namun siapa yang memeluk jiwa kita, Menyejukkan luka yang tak terucap? Tiada salahnya menjadi baik, Tapi salah jika kebaikan itu memakan jiwa, Menghancurkan diri dalam senyap. Hati kita juga punya rindu, Perlu diusap, perlu dijaga. Jika dunia tak mengerti, Biarlah kita yang merawat sendiri, Dengan kasih sayang yang tak bertepi. Mulailah hari ini, letakkan tangan di dada, Bisikkan pada hati, “Adakah kau tenang di hari ini?” Jangan lupa, kawan, Bahwa kita bukan malaikat tanpa kelemahan, Bukan batu karang yang tak retak atau rapuh. Kita juga manusia, Yang perlukan ruang untuk menangis, Untuk marah, untuk lelah, dan untuk sembuh. Berikan diri izin untuk berhenti sejenak, Menghela nafas dalam-dalam, Merasakan detak jantung yang sama, Sambil memeluk harapan yang masih t...