Skip to main content

Salam Sejahtera dan Selamat Datang Ke Blog Coretan Hati Seorang Ummi




Telah lama aku menyimpan hasrat untuk memiki blog sendiri dan berkongsi maklumat dan kisah-kisah menarik yang berlaku di sekeliling hidup aku di dalam blog sebagai panduan kawan-kawan. Tapi hasrat itu sentiasa ditangguhkan kerana kesibukan kerja dan tiada kesesuaian masa dan selain daripada kedua-dua alasan tersebut aku sebenarnya takut ... bak kata orang 'low self confident level' terhadap kemampuan diri aku sendiri. Namun setelah sekian lama bertangguh maka pagi ini aku berkata pada diri sendiri, aku mesti keluar dari zon selesa dan mencuba sesuatu yang baru di dalam hidup. Dengan galakan dan sokongan dari rakan karib aku di pejabat yang ingin dikenali sebagai, Ms P.S, maka terhasillah blog ini.


Alhamdulillah aku amat bersyukur kerana impian aku untuk memiliki blog sendiri akhirnya menjadi kenyataan pada 19 June 2009. Ameen.


Insyaallah aku akan cuba untuk up-date blog ini dari masa ke semasa.


Akhirkata dari aku "Live Your Dreams" and "Believe in Miracles"

Comments

Popular posts from this blog

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana d...

HATI !!! ADAKAH ENGKAU TENANG HARI INI

Seringkali kita jaga hati insan lain, Namun hati sendiri terluka dalam sepi. Sampai bila harus begini? Kita jadi pendengar segala cerita, Tenang tatkala amarah melanda, Sabar, diam menanggung rasa. Namun siapa yang memeluk jiwa kita, Menyejukkan luka yang tak terucap? Tiada salahnya menjadi baik, Tapi salah jika kebaikan itu memakan jiwa, Menghancurkan diri dalam senyap. Hati kita juga punya rindu, Perlu diusap, perlu dijaga. Jika dunia tak mengerti, Biarlah kita yang merawat sendiri, Dengan kasih sayang yang tak bertepi. Mulailah hari ini, letakkan tangan di dada, Bisikkan pada hati, “Adakah kau tenang di hari ini?” Jangan lupa, kawan, Bahwa kita bukan malaikat tanpa kelemahan, Bukan batu karang yang tak retak atau rapuh. Kita juga manusia, Yang perlukan ruang untuk menangis, Untuk marah, untuk lelah, dan untuk sembuh. Berikan diri izin untuk berhenti sejenak, Menghela nafas dalam-dalam, Merasakan detak jantung yang sama, Sambil memeluk harapan yang masih t...