Skip to main content

Ada Buku Dalam Diri Kita

"ADA BUKU DALAM DIRI KITA" - kata-kata indah ini aku petik daripada Subject E-mail Sdra Fauzul Naim Ishak yang aku terima semalam. Mula-mula aku agak kebinggungan juga apakah benar kata-kata ini "Ada Buku Dalam Diri Kita". Tetapi setelah selesai membaca e-mail beliau maka aku bersetuju dengan apa yang cuba disampaikan oleh Sdra Fauzul. Memang betul seperti kata beliau di dalam e-mail tersebut antara kata-katanya yang saya petik dan kongsikan di sini ialah:-

"Setiap manusia dalam dunia ini mempunyai perkara indah yang harus dikongsi dengan semua. Ia dipanggil PENGALAMAN. Pengalaman adalah amat dekat dengan keghairahan (passion) seseorang. Apabila seseorang itu menulis dengan ghairah, ia akan bercerita dengan hati yang ikhlas, bercerita dengan penuh prihatin dan melihat dengan fokus yang mendalam".

Semoga petikan daripada e-mail Sdra Fauzul yang aku kongsikan di sini dapat dijadikan sebagai panduan kepada mereka yang ingin mula berjinak-jinak dengan arena penulisan.

Insyaallah satu hari nanti aku akan tulis dan kongsi semua pengalaman hidupku di sini.

Comments

Popular posts from this blog

SENNI 3A TERES 2 TINGKAT SUPERLINK VILLA TERBARU DI BUKIT BANYAN

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana d...