Skip to main content

Berakhirnya Syawal - Meriah Juga Open House Aku



Telah genap sebulan umat Islam di seluruh dunia meraikan Hari Raya Aidil Fitri. Hari kemenangan manusia melawan hawa nafsu di siang hari dan menambah pula amal-ibadat di malamnya.

Seperti kebiasaannya di bulan syawal yang mulia ini rakan-rakan dan sanak saudara mengadakan rumah terbuka dan boleh dikatakan hampir setiap hari jemputan diterima dan berat badan yang telah menurun satu - dua kilogram semasa puasa kembali naik seperti dipam-pam saja. Walau bagaimanapun tradisi rumah terbuka ini patut diteruskan kerana ianya dapat mengeratkan lagi silaturrahim sesama Islam amnya dan masyarakat lain-lain agama khasnya.

Begitulah kemeriahan Syawal yang dinanti dan di sambut pada setiap tahun.

"Selamat Hari Raya Aidl Fitri"


Comments

Popular posts from this blog

SENNI 3A TERES 2 TINGKAT SUPERLINK VILLA TERBARU DI BUKIT BANYAN

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana d...