Skip to main content

Cereka tulisan puteriku Nur Aisyah

Sewaktu puteri kesayanganku ini menghabiskan cerekanya aku sudah mula merasa terlalu mengantuk lalu aku cuma menyuruhnya untuk 'tekan publish post' pada skrin komputer sahaja dan terus menuju ke kamar tidur kerana hari ini aku terasa begitu lelah sekali melakukan rutin seharian di rumah dan menemani suami menjalani latihan fisioterapinya di Pantai Hospital, terasa begitu nyenyak tidurku semalam.

Pagi ini aku bangun dengan ungkapan syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana telah memberikkan aku nikmat hidup sehari lagi dan bersyukur kerana aku masih bernafas dan sebaik sahaja selesai solat subuh pagi tadi terus saja aku onkan komputer dan melawat blog aku dan aku belek dan amati bait-bait ayat yang di coretkan oleh puteriku ini. Dalam hati aku berkata, "well not bad untuk permulaan, lagipun what to expect from a girl at the age of 11 years old" kerana inilah kali pertama dia menulis secara terbuka dan berbisik di hati kecilku, rupanya puteriku ini mempunyai bakat juga dalam penulisan dan jika digilap, diasuh dan di berikan dorongan sebagaimana aku menerima sokongan dan dorongan daripada sahabatku Siti Fatimah Insyaallah pasti puteriku ini akan menjadi penulis yang berjaya satu hari nanti.

Cuma satu saja ungkapan untuk puteriku ini "terima kasih kerana sudi berkongsi cereka adik di dalam blog Ummi ini, dan semoga adik akan terus menulis dan menulis dan menulislah dari hati dan perasaan".

Sebagai ibu, aku hanya mengharapkan dan akan sentiasa berdoa segala yang terbaik saja untuk putera dan puteri kesayanganku.

Comments

Popular posts from this blog

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana d...

HATI !!! ADAKAH ENGKAU TENANG HARI INI

Seringkali kita jaga hati insan lain, Namun hati sendiri terluka dalam sepi. Sampai bila harus begini? Kita jadi pendengar segala cerita, Tenang tatkala amarah melanda, Sabar, diam menanggung rasa. Namun siapa yang memeluk jiwa kita, Menyejukkan luka yang tak terucap? Tiada salahnya menjadi baik, Tapi salah jika kebaikan itu memakan jiwa, Menghancurkan diri dalam senyap. Hati kita juga punya rindu, Perlu diusap, perlu dijaga. Jika dunia tak mengerti, Biarlah kita yang merawat sendiri, Dengan kasih sayang yang tak bertepi. Mulailah hari ini, letakkan tangan di dada, Bisikkan pada hati, “Adakah kau tenang di hari ini?” Jangan lupa, kawan, Bahwa kita bukan malaikat tanpa kelemahan, Bukan batu karang yang tak retak atau rapuh. Kita juga manusia, Yang perlukan ruang untuk menangis, Untuk marah, untuk lelah, dan untuk sembuh. Berikan diri izin untuk berhenti sejenak, Menghela nafas dalam-dalam, Merasakan detak jantung yang sama, Sambil memeluk harapan yang masih t...