Aku sering mendengar orang memberi kata nasihat "jagalah kesihatan" dan aku sendiri bila mendengar ungkapan kata-kata tersebut hanya menganggap ianya hanyalah ungkapan biasa penyedap kata-kata di akhir sebuah perbualan dan kebiasaannya ungkapan tersebut tidak begitu diberikan perhatian yang serius.
Sepanjang minggu lepas aku dan keluarga menerima ujian daripada Allah s.w.t apabila kesihatan suami aku agak menurun. Suami telah merahsiakan daripada aku sejak beberapa minggu yang lepas keadaannya yang mengalami kebas-kebas di kedua-dua bahagian tangan dan kakinya. Pada cuti hujung minggu lepas secara tiba-tiba dia mengajak aku menemaninya ke Pantai Hospital di Sungai Petani dan aku terkejut bila mendengar dia memberitahu Doktor bahawa sudah tiga minggu dia mengalami keadaan ini. Setelah ujian darah, x-ray dan MRI di buat maka seperti yang kami jangkakan ianya adalah berpunca daripada tulang di bahagian tengkok yang pada pendapat doktor yang pernah merawat suami aku mungkin di sebabkan oleh terjatuh semasa kecil ataupun sewaktu bermain-main yang menyebabkan hentakkan yang kuat di bahagian tersebut. Walau bagaimanapun apa yang membimbangkan ialah keadaannya sewaktu kali pertama di lakukan MRI 5 tahun yang lalu adalah lebih baik daripada keadaan sekarang. Walau bagaimanapun sebagai umat Islam kita harus percaya pada qada dan qadar dari tuhan di samping kita harus berusaha disamping berdoa.
Seminggu lamanya suami berada di hospital atas nasihat doktor untuk melakukan fisioterapi sebagai alternatif kerana pembedahan adalah tidak di galakkan sama sekali kerana ia boleh mengundang risiko yang lain. Sewaktu suami di dalam wad baru aku terasa betapa sukarnya menguruskan keluarga sendirian kerana anak-anak masih bergantung kepada aku untuk ke sana dan ke mari, di samping itu semua urusan rumahtangga harus diuruskan sendiri. Seminggu aku mengambil cuti untuk menguruskan keluarga. Terasa begitu letih dan akibat rehat yang tidak mencukupi, waktu tidur yang tak menentu dan waktu makan yang tak terurus aku pula demam dan ini lebih memburukkan lagi keaadaan kerana walaupun tidak sihat aku masih terpaksa memandu ke hospital kerana anak-anak masih ingin melawat Abahnya. MD aku menasihati aku agar aku menjaga kesihatan sendiri pada saat kritikal ini kerana seluruh keluarga kini bergantung sepenuhnya kepada aku dan seandainya sesuatu pula berlaku ke atas diri aku seluruh keluarga pasti pincang.
Walaupun seminggu di hospital dan beberapa kali menjalani sessi rawatan fisioterapi tetapi keadaannya masih tetap sama dan tidak ada perubahan dan rasa kebas-kebas tersebut masih juga tidak berkurangan dan aku sendiri semakin binggung kerana tidak tahu bagaimanakah caranya untuk aku menolong suami aku dalam menangani keadaan ini. Walaupun ramai rakan-rakan yang menasihati agar suami pergi berurut tetapi doktor pula menegahnya kerana keadaan yang di alami oleh suami adalah masalah saraf. Sebagai seorang yang aktif bersukan terutamanya golf, aku faham keresahan dia yang terpaksa kurangkan aktivitinya buat masa ini. Dari segi zahiriah suami memang kelihatan sihat dan tak nampak sakit tapi rasa kebas itu yang membuatkan dia rasa tidak selesa. Dia juga kurang selesa dengan keadaan atau bunyi-bunyi bising, oleh itu sejak akhir-akhir ini aku sentiasa menasihati anak-anak agar tidak berbuat bising yang membolehkan suami merasa rimas.
Betullah seperti ungkapan yang pernah aku dengar, "penyakit tu cepat datang tapi lambat pula perginya" jadi nasihat aku pada semua, "Hargailah masa sihatmu sebelum datangnya masa sakitmu". Pupuklah rasa kasih-sayang sesama ahli keluarga selagi masih ada peluang daripada Allah s.w.t. Setiap hari maafkan diri sendiri dan memaafkan setiap kesalahan orang lain, Insyaallah hidup kita pasti bahagia.

Comments
Post a Comment