Skip to main content

Istimewa Untuk Kakak Kesayanganku - Hajjah Begum Ibrahim

Wanita istimewa ini hadir kedalam kehidupanku tanpa direncanakan tapi aku pasti perkenalan kami ini adalah atas perancangan dan takdir Allah s.w.t. Walaupun tuhan telah mempertemukan kami hanya di dunia cyber melalui yahoo mail tetapi persahabatan ini sungguh istimewa bagi diriku. Walaupun kami hanya berbual melalui Instant Messenger dan yahoo mail tetapi aku dapat merasakan insan istimewa ini hidupnya penuh dengan kasih-sayang. Aku memang dapat merasakan keikhlasannya yang sentiasa mencurahkan sepenuh perhatian, kemesraan dan kasih-sayang terhadapku. Setiap waktu tika berbual pasti kata-kata nasihat dan tunjuk-ajar yang tiada nilainya di berikan kepadaku dan aku tahu tunjuk-ajar yang diberikan ini tak mungkin dapat aku perolehi di mana-mana juga institusi pembelajaran di dunia ini kerana setiap nasihat itu adalah dari simpanan ilmunya sendiri dan dari pengalaman hidupnya sendiri dan dari pengalamannya mengendalikan kelas-kelas motivasinya anjurannya. Alhamdulillah kini usia persahabatan kami sudah menjangkau 4 tahun dan bagi aku dia sudah menjadi sebahagian daripada keluargaku sendiri dan aku sememangnya telah lama menganggapnya sebagai kakak kandungku sendiri di dunia dan akhirat.

Setiap apa saja yang ingin aku kongsikan pasti dia akan menjadi orang pertama yang akan aku kongsikan beritanya baik yang manis ataupun yang mendukacitakan. Aku bersyukur kerana dia sentiasa saja ada di saat aku memerlukannya, ada ketikanya aku tahu dia memang amat sibuk dengan tugas-tugasnya sebagai pensyarah di UITM Cawangan Melaka tapi dia secepat mungkin akan tetap memberikan response untuk setiap e-mailku dan sms yang aku kirimkan padanya. Bukan saja terhadapku tapi dari pemerhatianku dia tidak pernah membezakan sesiapa dari segi bangsa, agama ataupun keturunan pasti dia akan menolong dan cuba memberi pandangan serta nasihat melalui yahoo groupnya. Kadang-kadang aku sangat kagum dengan semangat dan keikhlasan yang ada padanya, aku kagum dengan pengalaman hidupnya dan aku juga merasa amat kagun dengan ilmu yang dikongsikan olehnya. Setiap ilmu di kongsikan dengan seikhlas hatinya dan ada ketikanya aku merasakan yang di dunia ini sekarang memang sudah berkurang insan-insan yang sepertinya. Alhamdulillah dan syukur kehadrat Allah kerana aku telah dipilih olehNya untuk berpeluang mengenali dan berkenalan dengan insan semulia kakakku ini. Seringkali aku tertanya-tanya di hati setelah begitu banyak yang telah dilakukan olehnya kepadaku tetapi mengapakah aku tidak tahu apakah yang dapat aku sumbangkan untuknya. Aku buntu dan aku tidak tahu, kalaulah ada sesuatu yang dapat aku lakukan untuknya pasti aku akan cuba lakukan yang terbaik untuknya. Aku berdoa dan berharap agar satu hari nanti Allah akan memberikan aku peluang untuk berbuat baik kepadanya ataupun setidak-tidaknya membalas jasa baiknya terhadapku walaupun apa yang bakal aku lakukan untuknya itu tidak mungkin semulia dan sebesar sumbangannya terhadap diriku dan keluargaku.

Dua hari lepas aku baru saja memaklumkan akan keadaan suamiku kepadanya dan seperti yang aku jangkakan dia mulai risau dan mula mencari maklumat daripada puteri tunggalnya Dr Anis dan sebagaimana sikap ibunya Dr Anis juga memberikan response yang pantas dan kakakku ini melanjutkan e-mail dari Dr Anis kepadaku. Aku rasa terharu dengan sikap dan perhatian kedua anak-beranak ini terhadap kesakitan yang dialami oleh suamiku pada waktu ini. Alhamdulillah ternyata sekali selain daripada keluarga dari pihak aku dan suami tenyata aku tidak berseorangan dalam menghadapi saat-saat ini kerana di luar sana aku masih punya seorang kakak dan anak buah yang tiada pertalian darah tetapi masih sudi untuk memberikan sokongan kepadaku. Terima kasih Ya Allah atas kurniaan 'persaudaraan' ini kepadaku. Engkau rahmatilah Ya Allah kehidupan kakakku Hajjah Begum Ibrahim dan seluruh ahli-keluarganya. Limpahkanlah Ya Allah kasih-sayangMu kepadanya dan engkau permudahkanlah segala urusannya baik urusan dunia mahupun urusan akhirat dan engkau kabulkanlah Ya Allah segala hasrat dan impiannya dan ampunilah Ya Allah segala dosa-dosanya dan keluarganya Ya Allah. Ameen

Comments

  1. I am deeply honoured . Thank you dearest Sis for your kind words. May you be showered with SWT's choicest blessings always ~ Begum

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana d...

HATI !!! ADAKAH ENGKAU TENANG HARI INI

Seringkali kita jaga hati insan lain, Namun hati sendiri terluka dalam sepi. Sampai bila harus begini? Kita jadi pendengar segala cerita, Tenang tatkala amarah melanda, Sabar, diam menanggung rasa. Namun siapa yang memeluk jiwa kita, Menyejukkan luka yang tak terucap? Tiada salahnya menjadi baik, Tapi salah jika kebaikan itu memakan jiwa, Menghancurkan diri dalam senyap. Hati kita juga punya rindu, Perlu diusap, perlu dijaga. Jika dunia tak mengerti, Biarlah kita yang merawat sendiri, Dengan kasih sayang yang tak bertepi. Mulailah hari ini, letakkan tangan di dada, Bisikkan pada hati, “Adakah kau tenang di hari ini?” Jangan lupa, kawan, Bahwa kita bukan malaikat tanpa kelemahan, Bukan batu karang yang tak retak atau rapuh. Kita juga manusia, Yang perlukan ruang untuk menangis, Untuk marah, untuk lelah, dan untuk sembuh. Berikan diri izin untuk berhenti sejenak, Menghela nafas dalam-dalam, Merasakan detak jantung yang sama, Sambil memeluk harapan yang masih t...