Skip to main content

Kasih Sayang

Aku panjatkan rasa kesyukuranku ke hadrat Allah Yang Maha Esa kerana telah menganugerahkan aku sebuah keluarga yang bahagia. Seorang suami yang penyayang dan seorang putera dan puteri yang sentiasa menjadi permata di hatiku. Alhamdulillah Ya Allah...terima kasih di atas anugerah yang tak ternilai ini buat diriku.

Semoga Engkau akan limpahkan kami sekelurga dengan limpahan kasih-sayangmu Ya Allah. Semoga Engkau kurniakan kepadaku kesabaran, ketenangan, kegembiraan, keceriaan, kesihatan yang baik dan juga kemewahan yang dapat aku manafaatku bagi membantu insan-insan yang memerlukan. Kurniakanlah Ya Allah kepadaku kepintaran supaya dapat aku kongsikan ilmu yang bermanafaat dengan insan-insan sejagat Ya Allah.

Ya Allah walaupun pada saat ini ujian darimu ini aku rasakan terlalu berat untukku tetapi aku tetap bersyukur di atas setiap takdir yang telah Engkau tetapkan untukku tanpa rasa kesalan ataupun keluh-kesah. Sesungguhnya hanya Engkau yang maha mengetahui apakah yang terbaik buat diriku. Tidak berniat langsung di hati kecilku ini untuk mempertikaikan apa yang telah Engkau rencanakan untukku. Alhamdulillah Ya Allah, setiap ujian darimu adalah kerana Engkau mengasihiku kerana dengan setiap ujian darimu itu akan lebih mendekatkan aku kepadamu Ya Allah.

Ya Allah aku yakin kepada keesaanmu Ya Allah, aku yakin pada kasih-sayangmu Ya Allah dan oleh itu aku tidak sesekali ingin membelenggu diriku dengan perasaan sedih ataupun berduka-cita. Setiap kejadian itu pasti ada hikmahnya dan setiap penyakit itu ada penawarnya dan pada waktu ini aku yakin bahawa aku adalah sumber kekuatan bagi keluargaku dan Alhamdulillah dengan institusi kekeluargaan yang kukuh yang aku miliki selama ini Insyaallah saat gratis ini pasti dapat aku lalui dengan mudah. Ameen

Comments

Popular posts from this blog

SENNI 3A TERES 2 TINGKAT SUPERLINK VILLA TERBARU DI BUKIT BANYAN

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana d...