Skip to main content

Pengalaman Pahit - Cereka tulisan Nur Aisyah Asila

Walaupun aku masih belajar dan bertaktih untuk menulis namun aku menggalakkan puteri bongsu aku untuk menjinakkan diri dalam bidang penulisan kerana dia menyimpan impian untuk menjadi penulis terkenal seperti J.K.Rowling, penulis remaja terkenal dengan siri Harry Potter. Boleh dikatakan hampir kesemua siri terbitan Harry Potter telah dibeli dari wang sakunya dan telah dibaca beberapa kali olehnya. Ummi ucapkan "selamat menulis untuk adik" dan semoga impian akan menjadi kenyataan. Selalu yakin dan percaya pada kemampuan diri sendiri, seperti kata-kata angakasawan kita kalau tak silap aku begini bunyinya "what you believe you can achieve"

Beginilah hasil tulisan puteriku Nur Aisyah Asila untuk tatapan pengunjung blog aku ini:-

Pada petang itu,ibu menyuruh aku ke kedai untuk membeli ubat batuk.Ketika itu,hujan turun rintik-rintik.Aku mempercepatkan langkah kakiku.Semasa tiba di persimpangan jalan,aku berasa sesuatu perasaan yang aneh.

Aku terlihat seperti satu cahaya dari lampu kereta sedang menuju ke arah aku seolah-olah kereta itu hendak melanggar aku.Aku berasa begitu cemas sehingga aku tidak dapat membuka langkah untuk lari dari situ.

Aku cuba untuk bergerak tetapi apakan daya badan aku langsung tidak dapat bergerak.Aku cuba untuk meminta pertolongan tetapi mulut aku seolah-olah dikunci.Disebabkan aku tidak dapat bergerak,pemandu kereta itu dengan tidak sengaja melanggar aku.

Semasa aku dilanggar, ada beberapa orang yang manyaksikan kejadian tragis itu tetapi mereka tidak sempat untuk menyelamatkan aku.Selepas aku dilanggar, mereka bergegas membawa aku ke hospital berdekatan.Semasa aku dalam perjalanan dibawa ke hospital,aku terfikir yang aku tidak dapat melihat dunia yang indah ini lagi.

Sejurus aku sampai di hospital,jururawat yang berada di situ segera membawa aku ke wad kecemasan.Aku tidak sedar semasa aku dirawat di wad kecemasan.Setelah beberapa jam aku aku dirawat di dalam wad kecemasan,aku pun dibawa keluar oleh jururawat yang bertugas.Aku terlihat ayah dan ibu berdiri di sebelah aku sambil memegang tanganku.

Aku terdengar doktor yang merawat aku berkata kepada ayah dan ibuku bahawa aku bernasib baik kerana sempat datang ke hospital ini dengan segera kalau tidak pasti aku sudah tidak dapat melihat ayah dan ibu lagi.Aku bersyukur kepada ALLAH kerana aku masih diberi kesempatan untuk tinggal di dunia yang indah ini lagi tetapi aku mengalami kecederaan yang teruk seperti kepatahan tangan kiri dan tulang kaki kanan aku retak.

Buat beberapa bulan,aku tidak boleh menggerakkan tangan kiriku kerana tangan kiriku telah disimen.Simen itu akan dibuka selepas beberapa bulan.Orang yang melanggar aku pada hari tersebut meminta maaf kepada aku dan keluargaku.Dia memberitahu kami bahawa pada waktu itu dia tidak dapat melihat jalan dengan jelas disebabkan pada waktu itu hujan sedang turun renyai-renyai.

Ibu dan ayah memaafkan kasalahan pemandu itu dan berterima kasih kepada orang yang telah menyelamatkan aku.Sehingga kini,aku masih tidak dapat melupakan kenangan pahit yang menimpa diriku ini.

Comments

Popular posts from this blog

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana d...

HATI !!! ADAKAH ENGKAU TENANG HARI INI

Seringkali kita jaga hati insan lain, Namun hati sendiri terluka dalam sepi. Sampai bila harus begini? Kita jadi pendengar segala cerita, Tenang tatkala amarah melanda, Sabar, diam menanggung rasa. Namun siapa yang memeluk jiwa kita, Menyejukkan luka yang tak terucap? Tiada salahnya menjadi baik, Tapi salah jika kebaikan itu memakan jiwa, Menghancurkan diri dalam senyap. Hati kita juga punya rindu, Perlu diusap, perlu dijaga. Jika dunia tak mengerti, Biarlah kita yang merawat sendiri, Dengan kasih sayang yang tak bertepi. Mulailah hari ini, letakkan tangan di dada, Bisikkan pada hati, “Adakah kau tenang di hari ini?” Jangan lupa, kawan, Bahwa kita bukan malaikat tanpa kelemahan, Bukan batu karang yang tak retak atau rapuh. Kita juga manusia, Yang perlukan ruang untuk menangis, Untuk marah, untuk lelah, dan untuk sembuh. Berikan diri izin untuk berhenti sejenak, Menghela nafas dalam-dalam, Merasakan detak jantung yang sama, Sambil memeluk harapan yang masih t...