Skip to main content

Selamat Hari Raya Aidil Fitri




Sudah begitu lama aku tidak punya kesempatan untuk menulis di blog ini. Terlalu sibuk dan ada ketikanya bila ada kelapangan tapi idea pula tidak mengalir dengan baik.


Begitu pantas masa berlalu, kini telah hampir 2 minggu umat Islam merayakan hari kemenangan setelah sebulan berpuasa. Yang pasti gembira menyambut lebaran ini tentulah anak-anak. Gembira mendapat pakaian baru, gembira mendapat duit raya dan gembira pulang ke kampung. Bagi kita ibu-bapa mungkin hanya gembira pulang ke kampung dan berkumpul bersama sanak-saudara yang mungkin telah lama tak bersua.


Pada tahun ini aku menyambut lebaran di Kedah bersama keluarga aku dan kemudiannya barulah kami pulang ke Taiping rumah mertua. Aku dapat merasakan suasana hari raya pada kali ini tidaklah semeriah seperti pada tahun-tahun sebelumnya. Mungkin semakin usia meningkat maka kemeriahan semakin kurang dirasai.


Walau bagaimanapun kesempatan ini aku ambil untuk mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidil Fitri & Maaf Zahir Batin" kepada semua mereka yang mengenali diri aku dan keluarga.

Comments

Popular posts from this blog

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana d...

HATI !!! ADAKAH ENGKAU TENANG HARI INI

Seringkali kita jaga hati insan lain, Namun hati sendiri terluka dalam sepi. Sampai bila harus begini? Kita jadi pendengar segala cerita, Tenang tatkala amarah melanda, Sabar, diam menanggung rasa. Namun siapa yang memeluk jiwa kita, Menyejukkan luka yang tak terucap? Tiada salahnya menjadi baik, Tapi salah jika kebaikan itu memakan jiwa, Menghancurkan diri dalam senyap. Hati kita juga punya rindu, Perlu diusap, perlu dijaga. Jika dunia tak mengerti, Biarlah kita yang merawat sendiri, Dengan kasih sayang yang tak bertepi. Mulailah hari ini, letakkan tangan di dada, Bisikkan pada hati, “Adakah kau tenang di hari ini?” Jangan lupa, kawan, Bahwa kita bukan malaikat tanpa kelemahan, Bukan batu karang yang tak retak atau rapuh. Kita juga manusia, Yang perlukan ruang untuk menangis, Untuk marah, untuk lelah, dan untuk sembuh. Berikan diri izin untuk berhenti sejenak, Menghela nafas dalam-dalam, Merasakan detak jantung yang sama, Sambil memeluk harapan yang masih t...