Skip to main content

Semangat Baru......Tahniah untuk Diriku

Syukur Alhamdulillah akhirnya semangat baru telah meniup ke dalam diri aku. Bukan sesuatu yang mudah untuk mengeluarkan diri dari kepompong selesa dan memulai sesuatu yang baru.

Dua hari lepas sewaktu aku surfing internet untuk mencari idea dan maklumat mengenai penulisan aku telah ditakdirkan Allah s.w.t untuk click pada blog yang telah berjaya menyuntik semangat baru untuk diriku. Beberapa artikel pada blog tersebut yang menarik minat aku telah aku amati dan baca, aku cuba cuba fahami akan mesej yang cuba disampaikan kepada pembaca blog tersebut dan selepas merenung sejenak maka aku amat bersetuju dengan pemilik blog tersebut dan ianya memberikan aku semangat untuk mula menjinak-jinakkan diri dengan penulisan.

Aku pernah bertugas di salah sebuah syarikat akhbar terkemuka di Pulau Pinang dan semenjak itu pernah menyimpan hasrat untuk menjadi penulis bebas satu hari nanti tetapi impian tersebut hanya tinggal impian sehinggalah aku berumahtangga dan bekeluarga. Sibuk dengan urusan rumahtangga dan urusan pejabat maka impian aku terkubur begitu sahaja sehinggalah sejak beberapa bulan yang lalu keinginan untuk mengabadikan diri pada dunia penulisan kembali meronta-ronta.

Aku tak pasti kenapa ianya datang kembali secara tiba-tiba, adakah kerana aku sudah bosan dengan kerja makan gaji ataupun aku sudah bosan bekerja untuk majikan. Apa yang pasti aku terlalu ingin untuk menjadi penulis dan melahirkan coretan-coretan yang dapat di kongsi bersama orang lain. Tetapi perasaan takut, perasaan malu dan tiada keyakinan pada diri sendiri sering menjadi tembok besar yang menghalang aku mengapai impian yang telah lama aku sembunyikan di dalam hati.

Mungkin ini yang dinamakan takdir, setelah sekian lama mencari maklumat dan setelah sekian lama mencuba untuk meloloskan diri dari kepompong selesa, akhirnya aku seolah-olah bangun dari tidur yang panjang. Alhamdulillah, aku akan mula untuk menulis dan terus menulis untuk kepuasan diri sendiri dan Insyaallah aku akan berusaha untuk mencapai impian aku ini agar menjadi kenyataan. Ameen.

Aku ingin mengalungkan jutaan terima kasih kepada penulis blog yang telah berjaya menyuntik semangat baru dalam diri aku dan di sini aku kongsikan linknya :

http://websitifatimah.wordpress.com

Semoga Saudari Pn Siti Fatimah sentiasa di bawah lindungan kasih sayang dan rahmat Allah s.w.t Ameen.

Comments

Popular posts from this blog

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana d...

HATI !!! ADAKAH ENGKAU TENANG HARI INI

Seringkali kita jaga hati insan lain, Namun hati sendiri terluka dalam sepi. Sampai bila harus begini? Kita jadi pendengar segala cerita, Tenang tatkala amarah melanda, Sabar, diam menanggung rasa. Namun siapa yang memeluk jiwa kita, Menyejukkan luka yang tak terucap? Tiada salahnya menjadi baik, Tapi salah jika kebaikan itu memakan jiwa, Menghancurkan diri dalam senyap. Hati kita juga punya rindu, Perlu diusap, perlu dijaga. Jika dunia tak mengerti, Biarlah kita yang merawat sendiri, Dengan kasih sayang yang tak bertepi. Mulailah hari ini, letakkan tangan di dada, Bisikkan pada hati, “Adakah kau tenang di hari ini?” Jangan lupa, kawan, Bahwa kita bukan malaikat tanpa kelemahan, Bukan batu karang yang tak retak atau rapuh. Kita juga manusia, Yang perlukan ruang untuk menangis, Untuk marah, untuk lelah, dan untuk sembuh. Berikan diri izin untuk berhenti sejenak, Menghela nafas dalam-dalam, Merasakan detak jantung yang sama, Sambil memeluk harapan yang masih t...