Skip to main content

Dengarlah Wahai Diary

Wahai dairy, maaf kerana mengetuk pintumu pada pagi-pagi ini....banyak perkara telah berlaku dan banyak pula kisah yang hendak aku kongsikan denganmu wahai diary.

Wahai dairy engkau sentiasa menjadi teman yang paling memahami diriku setiap kisah suka, duka, gembira dan sediah past aku akan kongsikan denganmu dan engkau pasti mendengar dengan penuh minat dan engkau tak pernah menghampakan aku.

Engkau pasti tertanya-tanya kenapa sejak beberapa hari yang lepas aku tidak mengetuk pintumu untuk bercerita padamu pengalaman yang aku lalui. Engkau tahu wahai dairy minggu lepas puteraku Irfan tiba-tiba demam dan aku telah menjemputnya dari sekolah, tak tahu kenapa tapi dia muntah-muntah dan suhu badan juga agak tinggi, sibuk menjaga si putera yang demam aku juga turut demam tapi Alhamdulillah cuma demam biasa saja so lepas bersedekah pada doktor yang memberikan aku ubat maka pulihlah aku dari demam. Engkau tahu wahai diary sebaik saja aku sembuh si puteri Aisyah pula demam dan muntah-muntah, si bongsu ni seperti biasalah dia tak pernah pandai merengek walaupun demam berbanding dengan si putera yang manja tu. Jadi sibuk pulalah aku menguruskan si puteri bongsu ini yang hanya tidur dan berdiam-diri. Anehnya engkau tahu wahai dairy selepas si puteri sembuh sabtunya pula si maharaja di rumah pula tiba-tiba demam hingga menggigil seluruh tubuh badannya sewaktu tidur. Maka keesokkan harinya terpaksalah aku menemani si maharaja ke klinik, hai dairy si maharaja ni seperti biasalah bila sakit perangainya sama saja dengan si putera tu..manja dan selalu mengharapkan perhatian jadi waktu hujung minggu aku berlalu begitu sahaja.

Engkau tahu wahai dairy sebenarnya aku sangat penat dan lelah, semenjak si maharaja sakit yang diakibatkan oleh sarafnya, doktor memang telah menasihatinya untuk tidak lagi melakukan tugas-tugas berat samada di rumah ataupun di pejabat jadi akulah yang terpaksa memikul tanggung-jawab untuk melangsaikan semua tugas-tugas di rumah samada di laman ataupun di dalam rumah dan semua yang berkaitan dengan kerja rumah. Engkau tahu dairy memanglah aku penat melakukan semuanya sendirian tapi itu saja pilihan yang aku ada sekarang. Si putera dan si puteri itu bukannya tak menolong tapi budak-budak sepuluh kali di suruh belum tentu lagi mereka akan membereskan task tersebut, daripada aku terpaksa membebel panjang baik saja aku lakukan sendiri. Tapikan dairy waktu-waktu begini teringat aku pada si bibik yang telah banyak berjasa sewaktu menjadi pembantu dirumahku dulu, alangkah bagusnya ya kalau dia masih lagi bekerja di rumahku...semua hal-hal rumah dibereskannya, aku cuma tahu masa tu memasak saja untuk keluarga dan melaram untuk suami walaupun di rumah dan memang seronok waktu itu aku punya banyak masa yang terluang untuk bersama si maharaja, si putera dan si puteri. Oh ya dairy agaknya bagaimanakah agaknya kehidupan bekas bibikkut itu....Aku berdoa agar dia sentiasa bahagia di samping keluarga dan sentiasa di limpahi rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t.... Eh eh dairy kenapa ya tiba-tiba teringat pula aku pada bekas bibik aku ni....'

Wahai dairy terima kasih ya kerana selalu menjadi pendengar yang paling setia kepadaku. Hanya engkau yang tahu wahai dairy...dan terima kasih untuk setiap waktumu yang terluang untukku.

Comments

Popular posts from this blog

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana d...

HATI !!! ADAKAH ENGKAU TENANG HARI INI

Seringkali kita jaga hati insan lain, Namun hati sendiri terluka dalam sepi. Sampai bila harus begini? Kita jadi pendengar segala cerita, Tenang tatkala amarah melanda, Sabar, diam menanggung rasa. Namun siapa yang memeluk jiwa kita, Menyejukkan luka yang tak terucap? Tiada salahnya menjadi baik, Tapi salah jika kebaikan itu memakan jiwa, Menghancurkan diri dalam senyap. Hati kita juga punya rindu, Perlu diusap, perlu dijaga. Jika dunia tak mengerti, Biarlah kita yang merawat sendiri, Dengan kasih sayang yang tak bertepi. Mulailah hari ini, letakkan tangan di dada, Bisikkan pada hati, “Adakah kau tenang di hari ini?” Jangan lupa, kawan, Bahwa kita bukan malaikat tanpa kelemahan, Bukan batu karang yang tak retak atau rapuh. Kita juga manusia, Yang perlukan ruang untuk menangis, Untuk marah, untuk lelah, dan untuk sembuh. Berikan diri izin untuk berhenti sejenak, Menghela nafas dalam-dalam, Merasakan detak jantung yang sama, Sambil memeluk harapan yang masih t...