Skip to main content

Eid Mubarak - Selamat Hari Raya Korban

Musim haji baru saja berlalu dan semoga para haji dan hajjah dari seluruh dunia mendapat haji yang mabrur dan selamat berangkat pulang ke negara masing-masing dengan keinsafan dan pengalaman baru Insyaallah.

Tahun ini aku menyambut Aidil Adha di rumah mertua di Taiping dan seperti tahun-tahun yang sebelumnya, mereka juga melakukan ibadah korban pada hari raya pertama dan pada hari raya kedua pula pagi-pagi lagi aku dan keluarga telah bergegas pulang ke Sungai Petani kerana adindaku pula melakukan ibadah korban dan khenduri kesyukuran maka lebih meriah di Sungai Petani jika dibandingkan dengan di Taiping.

Alhamdulillah khenduri dan semuanya berjalan lancar sebagaimana yang dirancangkan dengan izin Allah s.w.t

Cutipun dah habis maka kembalilah aku ke pejabat dengan rutin seharian di pejabat.....'

Comments

Popular posts from this blog

SENNI 3A TERES 2 TINGKAT SUPERLINK VILLA TERBARU DI BUKIT BANYAN

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana d...