Skip to main content

Jiran oh Jiran

Aku masih ingat sewaktu suami menyuarakan hasratnya untuk membeli rumah di tempat kediamanku sekarang akulah orang yang paling membantah dan memprotes sekeras-kerasnya. Alasan suami, tempatnya lebih bagus dan lebih 'quality living' jika dibandigkan dengan tempat tinggal kami Tetapi puteraku sangat menyokong kerana dia dapat bermain golf setiap hari dan si puteri pula gembira kerana hendak ke swimming pool pula. Aku pula sangat tak bersetuju kerana pada waktu itu rumah aku hanyalah 5 minit memandu dari rumah orang-tua aku dan bab menjamu selera tak perlu risau langsung sebab setiap hari ayah dan bonda akan masak lebih untuk kami sekeluarga dan boleh dikatakan aku memang jarang ke dapur sebab dah tahu kalau tak makan di rumah bonda di bandar Sungai Petani memang banyak restaurant dan kedai makan dan yang pasti perut tak akan kosong. Kadang-kadang nak menghabiskan lima kila beraspun mengambil masa yang agak lama. Iutlah untungnya pada pendapat aku tinggal berdekatan dengan bonda makan minum terjaga tapi bukan setakat itu saja aku juga dapat menjaga kebajikan dan sakit demam kedua ayah dan bonda.

Pada permulaannya begitu berat hati untuk berpindah malah aku sajalah yang paling menunjukkan rasa tidak gembira bila berpindah alasanku rumah bonda jauh, nak pergi kerjapun lebih jauh dan susah nak membeli barang keperluan dapur sebab semua hypermarket terletak di bandar Sungai Petani dan kedai runcit juga jauh dan terpaksa memandu antara 5 hingga 10 minit dan macam-macam lagi alasan aku.

Kini telah hampir 3 tahun aku berpindah ke rumah itu dan akhirnya aku akur juga dengan pendapat suami, memang betul suasana di tempat aku tinggal sekarang memang lebih tenang dan di kelilingi pokok-pokok dan lebih indah lagi dengan permandangan padang golf yang sentiasa sejuk mata memandang.

Selain pemandangan yang cantik dan looks all greeen itu aku juga bersyukur kerana dianugerahkan sebuah keluarga jiran yang begitu prihatin dan mengambil berat serta memberi perhatian. Ada-ada saja yang dikongsikan dengan kami sebagai juadah dan setiap kali ada sesuatu yang tidak dapat dilakukan oleh suami pasti merekalah yang paling ringan tulang untuk menolong dan kadang-kadang aku dan suami terasa malu pula. Jumaat lepas sewaktu aku pulang ke rumah di waktu itu hujan turun sederhana lebatnya dan aku melihat suami sedang duduk di atas kerusi di taman rumahku tapi matanya seolah-olah sedang memandang ke suatu arah. Lalu sebaik saja aku keluar dari kereta dalam keadaan tergopoh-gapah akibat hujan maka akupun turut memandang ke arah yang dipandang oleh suami dan tiba-tiba aku melihat ada seseorang yang sedang memotong rumput di halaman rumah aku di dalam hujan dan bila aku lihat betul-betul orang itu adalah jiranku, mungkin dia faham yang suami aku sekarang sudah tidah lagi dapat melakukan kerja-kerja berat seperti itu lagi jadi diapun menolonglah. Sebetulnya kami memang sudah membuat perkiraan untuk mengupah orang memotong rumput di rumah dua kali sebulan tapi jiranku pula dah membantu. Alhamdulillah syukur padamu Ya Allah kerana engkau amat mengasihi kami dengan menganugerahkan jiran yang baik kepada kami. Terasa benar kasih-sayang Allah s.w.t terhadapku kerana aku dikelilingi oleh mereka-mereka yang memang sayang dan mengambil-berat akan kesulitan dan perihatin akan masalah kesihatan suami. Ameen Ameen Ameen Ya Allah.

Ya Allah, Semoga engkau limpahkanlah rahmat dan hidayahmu kepada kakakku Begum dan jiranku Abg Hazad dan Cikgu Norizan serta Sahabatku Siti Fatimah dan juga semua ahli keluarga mereka. Ampunilah dosa-dosa mereka dan kabulkanlah doa dan impian mereka. Ameen Ameen Ameen Ya Rabbil A'lamin

Comments

Popular posts from this blog

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana dialah jodoh dari Allah untukku.  Aku juga ingin men

ZIKIR ASMAULHUSNA UTK MENGATASI MASALAH *** MENGATASI MASALAH HUTANG

ZIKIR : YA ALLAH YA FATAH YA BASITH YA WASI' YA RAZAQ YA GHONIY YA MUGHNI YA AWWAL BICARA HATI :- YA ALLAH, YA FATAH,  BUKAKAN JALAN KELUAR DARIPADA MASALAH KEWANGANKU. SESUNGGUHNYA ENGKAULAH YA QOBIDH YANG MENYEMPITKANKU KERANA  KASIHMU KEPADAKU. YA ALLAH, YA BASITH, YA WASI' LAPANGKANLAH DAN LUASKAN HIDUPKU. YA ALLAH, YA RAZAQ, YA GHONIY, YA MUGHNI KURNIAKANKU SEDIKIT REZEKI DAN KEKAYAANMU AGAR DAPAT KU MEMPERBAIKI MASALAH KEWANGAN YANG KRITIKAL INI, SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA MEMBERI KEKAYAAN. YA ALLAH, YA AWWAL MOHON DIPERCEPATKAN SESUNGGUHNYA DAKU SUDAH TIDAK MAMPU MENANGGUNG UJIAN INI, SESUNGGUHNYA ENGKAU YANG MAHA MEMPERCEPATKAN LAGI MAHA MENUNAIKAN HAJAT, YA MUJIB Panduan : Zikir AsmaulHusna disarankan untuk dibaca sebanyak 40X selepas setiap kali Solat.  Sekiranya tidak sempat, bolehlah di baca ketika waktu lapang.  Bagi masalah yang kronik, eloklah dibaca selepas solat hajat/solat dhula/solat tahajud dengan di baca d