Skip to main content

Panggilan Haji - Insyaallah impian setiap muslimin dan muslimat

Musim haji telah tiba lagi....

Di televisyen, di radio, di dada akhbar malah buku-buku mengenai Haji begitu banyak sekali diperkatakan apabila tibanya musim haji. Aku pula paling gemar menonton siaran Astro Oasis - Khabar Haji yang dibawakan secara langsung dari Mekah. Begitu banyak informasi yang dikongsikan dalam rancangan tersebut malah ada pula slot-slot temuramah dengan bakal haji dan hajjah setiap hari....mereka kelihatan begitu gembira ataupun lebih tepat amat bersyukur kerana dapat menunaikan rukun Islam kelima ini. Walaupun sedih meninggalkan keluarga tetapi hampir kesemua melahirkan rasa syukur kerana dapat melihat dengan mata kepala sendiri keindahan bumi Mekah dan kehebatan Kaabah.

Aku sendiri tak dapat hendak membayangkan bagaimanakah nanti perasaanku saat melihat Kaabah betul-betul di hadapan mata dan bagaimanakah pula perasaanku seandainya diizinkan Allah s.w.t mengucup Hajarulaswad....Marsyaallah tak dapat hendak aku bayangkan Ya Allah.

Aku mengucapkan "Selamat Menunaikan Fardu Haji" kepada semua bakal Haji dan Hajjah dari seluruh dunia yang telah menerima jemputan daripada Allah s.w.t untuk menunaikan Fardu Haji pada tahun ini.

Semoga semuanya pulang dengan Haji Mabrur...Ameen......'

Comments

Popular posts from this blog

SENNI 3A TERES 2 TINGKAT SUPERLINK VILLA TERBARU DI BUKIT BANYAN

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana d...