Skip to main content

Pengalaman Ngeri - Cereka tulisan Nur Aisyah Asila

Pada petang itu,aku sendirian di rumah.Ketika aku asyik menyiapkan kerja sekolah,tiba-tiba aku terdengar bunyi ketukan yang bertalu-talu daripada pintu rumahku.Aku ingin mengetahui siapa yang mengetuk pintu rumahku lalu,aku mengintai di sebalik langsir rumahku.

Aku terlihat dua orang lelaki hendak menjual barang kecantikan.Lali,aku keluar untuk membuka pintu dan membenarkan mereka berdua masuk.Setelah mereka masuk,aku menjemput mereka untuk duduk manakala aku pergi ke dapur untuk membuatkan mereka minuman.

Setelah selesai membuat membuat minuman ,aku pun pergi ke ruang tamu sambil menatang gelas-gelas yang berisi minuman.Mereka minum minuman yang aku hidangkan kerana mereka kata mereka haus Sedang mereka minum air oren yang aku hidang,aku bertanya apa tujuan mereka datang ke sini.Setelah mnereka menyatakan tujuan mereka,aku berasa begitu terkejut dan tidak tahu hendak membuat apa-apa.

Aku langsung tidak dapat menggerakkan kakiku seolah-olah kaki aku sudah dirantai.Aku barasa begitu takut sehingga tidak dapat menjerit meminta pertolongan.Sungguh aku tak sangka bahawa mereka adalah pencuri dan penculik yang sangat dikehendaki oleh polis.

Aku cuba untuk berlari mengambil telefon untuk menelefon polis dan ibu dan bapaku tetapi aku telah ditangkap oleh salah seorang penjahat itu.Mereka mengikat aku lalu meletakkan aku di dalam setor di belakang rumah.Aku berasa begitu takut sehingga merasakan mereka seperti hendak membunuh aku.

Selepas beberapa minit kemmudian,aku terdengar bunyi kereta.Alangkah gembiranya aku apabila mengetahui ayah dan ibuku sudah pulang.Ayah dan ibu segera masuk ke dalam rumah kerana merasakan sesuatu perasaan yang tidak enak.

Selepas ibu dan ayah masuk ke dalam rumah,mereka cuba untuk mencari aku tetapi apa yang dijumpai hanyalah dua orang penjahat yang asyik mengambi, barang-barang yang berharga di dalam rumahku.Setelah ayah menyedari apa yang berlaku,ayah terus menumbuk dua orang penjahat itu lalu mereka pengsan.Ayah memang seorang yang handal bertarung kerana ayah merupakan anggota polis.

Ibu dan ayah menelefon pihak polis selepas penjahat itu pengsan.Pihak polis datang dengan segera untuk menangkap penjahat itu.Selepas penjahat itu dah dibawa ke balai polis,ayah dan ibu cuba untuk mencari aku lalu menemui aku di dalam setor.Aku berasa begitu gembira lalu memeluk ibu dengan erat.Ibu menasihati aku supaya jangan membuka pintu kepada orang yang tidak dikenali.Sehingga hari ini aku masih tidak dapat melupakan kejadian itu.

Comments

Popular posts from this blog

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana d...

HATI !!! ADAKAH ENGKAU TENANG HARI INI

Seringkali kita jaga hati insan lain, Namun hati sendiri terluka dalam sepi. Sampai bila harus begini? Kita jadi pendengar segala cerita, Tenang tatkala amarah melanda, Sabar, diam menanggung rasa. Namun siapa yang memeluk jiwa kita, Menyejukkan luka yang tak terucap? Tiada salahnya menjadi baik, Tapi salah jika kebaikan itu memakan jiwa, Menghancurkan diri dalam senyap. Hati kita juga punya rindu, Perlu diusap, perlu dijaga. Jika dunia tak mengerti, Biarlah kita yang merawat sendiri, Dengan kasih sayang yang tak bertepi. Mulailah hari ini, letakkan tangan di dada, Bisikkan pada hati, “Adakah kau tenang di hari ini?” Jangan lupa, kawan, Bahwa kita bukan malaikat tanpa kelemahan, Bukan batu karang yang tak retak atau rapuh. Kita juga manusia, Yang perlukan ruang untuk menangis, Untuk marah, untuk lelah, dan untuk sembuh. Berikan diri izin untuk berhenti sejenak, Menghela nafas dalam-dalam, Merasakan detak jantung yang sama, Sambil memeluk harapan yang masih t...