Skip to main content

Heart Block

Aku memulakan hari ku hari ini dengan penuh rasa syukur di atas segala limpahan rahmat dan kasih-sayang Allah s.w.t. terhadap ku dan juga insan-insan yang aku sayangi. Aku bersyukur kerana aku masih lagi diberi peluang oleh Allah s.w.t untuk bernafas dan melalui satu lagi hari di dalam hidupku..Alhamdulillah.

Setiap kali selesai solat aku tidak pernah sekalipun lupa untuk memanjatkan doa ke hadrat Illahi agar diriku dan insan-insan yang aku sayangi sentiasa di pelihara Allah dengan dikurniakan umur yang panjang, rezeki yang melimpah-ruah dan kesihatan yang baik. Selain itu agar kami semua sentiasa menerima taufik dan hidayahnya dan sentiasa pula mendapat keampunannya.

Hari ini aku agak sibuk juga di pejabat, tak tau dari mana munculnya task-task baru yang sememangnya tak ada dalam senarai untuk tugas aku hari ini tapi aku langsaikan juga kerana itu adalah amanah aku sebagai seorang pekerja. Dalam kesibukan itu tiba-tiba aku mendengar deringan dari telefon bimbit aku tapi aku biarkan saja kerana aku tak sempat nak keluarkannya dari hand-bag dan aku teruskan saja kerja-kerja aku dan kemudiannya talian extension aku pula berdering dan aku terus menjawab. Tiba-tiba aku mendengar suara yang memang aku kenali di hujung talian, ianya panggilan dari adik lelaki aku. Terkedu dan terkejut aku dibuatnya bila dim memberitahu aku hasil daripada follow-up check-upnya semalam pakar jantung di hospital Sungai Petani telah mengesahkan bahawa terdapat satu pertiga blockage pada saluran aterinya. Suaranya kedengaran begitu sedih sekali dan dia juga berpesan kepada aku untuk tidak memberitahu kepada ayah dan ibu aku tentang apa yang telah disahkan oleh doktor pakar tersebut. Aku sendiri tak dapat nak berkata apa-apa kerana agak terkejut, tapi aku cuma berkata padanya nanti petang aku akan kerumahnya dan berbincang.

Selepas meletakkan ganggang telefon aku terus saja memberitahu adik bongsuku akan apa yang telah disampaikan oleh adik lelaki ku tadi. Dia juga kedengaran terkejut dengan berita tersebut. Kami dari keluarga yang tidak ramai adik beradik, dua lelaki dan dua perempuan. Aku adalah anak sulong dalam keluarga dan yang bongsu adalah adikku yang perempuan manakala adikku yang mempunyai masalah jantung ini adalah anak ketiga dalam keluarga. Kerana tidak ramai adik-beradik jadi kami memanglah sangat rapat malahan adik lelaki aku ini tinggalnya hanya di hadapan rumah aku. Jadi senanglah bila ayah dan ibu kami datang melawat sebab mereka ada dua orang anak yang tinggalnya di kawasan yang sama.

Aku tidak tahu apakah yang terbaik untuk difikirkan pada masa ini, namun aku tetap berharap dan aku memohon ke hadrat Allah s.w.t agar diberikan kepada kami sekeluarga petunjuk agar kami dapat membuat satu keputusan yang terbaik. Aku juga berharap agar DIA memberikan kami kesabaran dan ketabahan di dalam melalui saat yang gratis ini. Semoga diberikan kesihatan kepada adikku ini.

"Segala Puji Bagimu Ya Allah Yang Telah Melenyapkan Segala Kesedihan Dariku dan Melapangkan Dadaku". Ameen

Comments

Popular posts from this blog

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana d...

HATI !!! ADAKAH ENGKAU TENANG HARI INI

Seringkali kita jaga hati insan lain, Namun hati sendiri terluka dalam sepi. Sampai bila harus begini? Kita jadi pendengar segala cerita, Tenang tatkala amarah melanda, Sabar, diam menanggung rasa. Namun siapa yang memeluk jiwa kita, Menyejukkan luka yang tak terucap? Tiada salahnya menjadi baik, Tapi salah jika kebaikan itu memakan jiwa, Menghancurkan diri dalam senyap. Hati kita juga punya rindu, Perlu diusap, perlu dijaga. Jika dunia tak mengerti, Biarlah kita yang merawat sendiri, Dengan kasih sayang yang tak bertepi. Mulailah hari ini, letakkan tangan di dada, Bisikkan pada hati, “Adakah kau tenang di hari ini?” Jangan lupa, kawan, Bahwa kita bukan malaikat tanpa kelemahan, Bukan batu karang yang tak retak atau rapuh. Kita juga manusia, Yang perlukan ruang untuk menangis, Untuk marah, untuk lelah, dan untuk sembuh. Berikan diri izin untuk berhenti sejenak, Menghela nafas dalam-dalam, Merasakan detak jantung yang sama, Sambil memeluk harapan yang masih t...