Skip to main content

Kekuatan Itu Terletak di Hati

Aku baru saja membeli buku "Pengalaman Adalah Guru Terbaik" tetapi masih belum sempat aku baca. Sejak akhir-akhir ini terlalu banyak perkara yang aku lalui dan memerlukan perhatian aku. Kadang-kadang terasa tidak tertanggung juga dek tubuh aku ini tetapi aku masih ingat kata-kata dari adinda Siti Fatimah, "ujian Allah s.w.t. ke atas diriku ini adalah setimpal dengan kemampuan aku", walaupun di hati kecil aku merasa amat sedih dengan apa yang terpaksa aku lalui tetapi aku tetap redha dan aku tetap pasrah kerana, "kesemua ujian dariNya adalah sebagai tanda Dia masih lagi sayang pada aku,dan inginkan aku lebih mengingati dan mendekatiNya, Alhamdulillah".

Beberapa bulan yang lalu aku telah diuji olehNya apabila Doktor Pakar dari sebuah Hospital Swasta di bandar tempat aku tinggal telah mengesahkan bahawa suami aku mengalami masalah saraf yang mengakibatkannya merasa kebas-kebas di bahagian lutut hingga ke kaki dan dari bahagian siku hingga ke hujung jarinya. Walaupun dari segi lhiriah dia kelihatan sihat saja tetapi sejak disahkan tentang penyakit yang dideritainya itu dia mula kelihatan murung dan emosi juga ada ketikanya agak terganggu. Ada ketikanya dia menjadi cepat marah dan tidak gemar pada suasana bising dan ini akhirnya membawa juga kepada pertengkaran kecil di antara kami. Hampir dua bulan suamiku diberikan cuti sakit kerana dia terpaksa menjalani latihan fisioterapi yang jadualnya telah ditetapkan oleh Doktor yang merawatnya. Walaupun setelah hampir dua bulan menjalani fisioterapi namun peratus sembuh yang dirasainya amatlah rendah. Ada juga aku mencadangkan agar di mencuba alternatif lain tetapi dia tidak bersetuju dengan cadangan aku. Jadi tidak ada apa-apa yang dapat aku bantu selain mendengar dan melihat.

Belumpun reda dengan masalah suami, sekali lagi ujian Allah datang kepadaku apabila adik lelakiku memberitahu aku yang hasil daripada eco test dan ecg telah di dapati bahawa terdapat block pada sistem pembuluhnya dan lebih mengejutkan apabila doktor pakar jantung di hospital tersebut mengesahkan bahawa salah satu daripada jantungnya telah rosak sepenuhnya dan pada waktu ini hanya satu saja jantungnnya yang melakukan kerja mengepam dan yang satu lagi hanya bergerak akibat daripada aktiviti yang dijalankan oleh jantung yang satu lagi itu. Untuk second opinion aku pula telah merujuk kepada abang ipar aku dan dia juga mengesahkan kebenaran kata-kata doktor yang merawat adikku itu. Menurut abang iparku, keadaan jantung adikku ini sudah agak kritikal dan memerlukan pembedahan yang segera. Sekali lagi sewaktu temujanji yang berikutnya doktor yang merawat adikku memberitahu bahawa mereka perlu mendapatkan laporan strees dulu sebelum urusan lain dapat dilakukan. Oleh itu dia mencadangkan agar adikku menjalani stress test di Hospital Swasta kerana untuk mengelak queu di Hospital Kerajaan yang terlalu lama untuk ditunggu. Selepas mengumpulkan semua laporan barulah pihak hospital akan merujuk kesnya ke IJN untuk urusan pembedahan. Untuk meringankan bebanan 'kerja' mengepam pada hanya satu saja jantungnya maka doktor menasihati adikku untuk minum hanya 500ml air sehari. Pada mulanya adikku meminta agar aku tidak memberitahu kedua ibu-bapa dan adik-beradik yang lain tetapi setelah mendengar penjelasan daripada abang iparku maka aku jadi sangat takut dan aku khuatir seandainya ada sesuatu yang berlaku padanya maka aku mungkin akan dipersalahkan nanti, jadi pada malam itu juga aku telah menghantar sms kepada ayahku kerana aku tidak dapat menahan diri daripada menangis sekiranya bercakap dengan ayahku. Keesokan paginya sewaktu suboh ayah dan emakku telah ke rumah adikku yang tinggalnya hanya di hadapan rumahku. Sebagai anak sulong aku faham akan perasaan ayah dan emak kerana adikku ini adalah anak lelaki kesayangan mereka, lagipun isteri kepada adikku ini juga sangat sayang dan juga mengambil berat akan kebajikan emak dan ayah aku. Di antara ayah dan emak, emaklah yang mungkin paling terasa kesedihannya kerana adikku inilah yang paling rapat dengan emak dan selalu membawa emak ke mana saja dia bercuti ataupun makan-makan jika hendak dibandingkan dengan adik-beradik yang lain. Lagipun kami bukan dari keluarga yang besar, dua perempuan dan dua lelaki, jadi kami adik-beradik memang sangat rapat. Jadi bila ada masalah begini pasti satu keluarga turut merasa kesedihan dan kepedihannya.

Aku dapat lihat semenjak pengesahan yang dibuat oleh Doktor adikku memang kelihatan resah dan sedih. Sebagai kakak aku cuma menasihati dia supaya untuk memikirkan sangat tentang penyakitnya itu dan pada waktu ini dia dan isteri harus tabah dan anggaplah ini sebagai ujian dari tuhan untuk mendekatkan diri mereka kepadaNya. Setiap yang hidup pasti akan menemui ajalnya cuma yang kita tidak tahu bilakah ajalnya itu. Mungkin berat bahu yang memandang akan berat lagi bahu yang memikul tetapi apa yang dapat dilakukan pada waktu ini adalah berubat dan berdoa. Pada waktu ini kedua-dua mereka hanya perlu menguatkan hati dan mesti cuba untuk hidup dengan gembira dan menghargai di antara satu sama lain dan menghargai setiap waktu yang diluangkan bersama kerana itulah saat paling bermakna untuk mereka. Tak perlu gusar tentang apa yang akan berlaku keesokkan harinya dan nikmatai saat "INI" dengan penuh kegembiraan kerana tidak ada seorangpun di antara kita yang tahu apakah sebenarnya yang akan berlaku pada hari "ESOK". Oleh itu setiap hari kita harus hidup untuk "SAAT INI" dan "HARI INI" dan bukan membebankan fikiran dengan "HARI ESOK" yang masih belum pasti. Kuatkan hati untuk menghadapi apa juga kemungkinan

Aku hanya berdoa ke hadrat Allah s.w.t agar dia memanjangkan usia adikku ini dan semoga Allah s.w.t juga memulihkan dia dari penyakit jantungnya dan memberikan kesihatan yang baik kepadanya. Insyaallah, semoga Allah s.w.t juga melenyapkan segala kesedihan dari dirinya dan melapangkan dadanya. Ameen

Comments

Popular posts from this blog

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana dialah jodoh dari Allah untukku.  Aku juga ingin men

ZIKIR ASMAULHUSNA UTK MENGATASI MASALAH *** MENGATASI MASALAH HUTANG

ZIKIR : YA ALLAH YA FATAH YA BASITH YA WASI' YA RAZAQ YA GHONIY YA MUGHNI YA AWWAL BICARA HATI :- YA ALLAH, YA FATAH,  BUKAKAN JALAN KELUAR DARIPADA MASALAH KEWANGANKU. SESUNGGUHNYA ENGKAULAH YA QOBIDH YANG MENYEMPITKANKU KERANA  KASIHMU KEPADAKU. YA ALLAH, YA BASITH, YA WASI' LAPANGKANLAH DAN LUASKAN HIDUPKU. YA ALLAH, YA RAZAQ, YA GHONIY, YA MUGHNI KURNIAKANKU SEDIKIT REZEKI DAN KEKAYAANMU AGAR DAPAT KU MEMPERBAIKI MASALAH KEWANGAN YANG KRITIKAL INI, SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA MEMBERI KEKAYAAN. YA ALLAH, YA AWWAL MOHON DIPERCEPATKAN SESUNGGUHNYA DAKU SUDAH TIDAK MAMPU MENANGGUNG UJIAN INI, SESUNGGUHNYA ENGKAU YANG MAHA MEMPERCEPATKAN LAGI MAHA MENUNAIKAN HAJAT, YA MUJIB Panduan : Zikir AsmaulHusna disarankan untuk dibaca sebanyak 40X selepas setiap kali Solat.  Sekiranya tidak sempat, bolehlah di baca ketika waktu lapang.  Bagi masalah yang kronik, eloklah dibaca selepas solat hajat/solat dhula/solat tahajud dengan di baca d