Skip to main content

Kemalangan - Hargailah Nyawa

Sejak akhir-akhir ini di media cetak dan media elektronik kita seringkali disajikan dengan berita kemalangan ngeri yang meragut nyawa. Sungguh menyedihkan dan memilukan bila mendengar nyawa melayang begitu saja akibat dari kelalaian dan kesilapan manusia. Apakah pemandu di negara kita sudah tidak berhemah? dan Adakah sesebuah nyawa itu sudah tidak ada nilainya lagi ataupun mungkin sudah tidak berharga.

Kadang-kadang tatkala sedang memandu aku juga merasa seram melihat kekalutan pemandu-pemandu lainnya. Ada yang memandu begitu laju dan membahayakan dan ada juga yang sesuka hati memotong dari kiri jalan ataupun di selekoh tanpa memikirkan keselamatan diri sendiri dan orang lain. Aksi tonggangan para penunggang motorsikal pula tak perlu di perdebatkan lagi, kebanyakkan penunggang remaja seringkali dapat di lihat menunggang tanpa memikirkan keselamatan diri sendiri. Kadang-kadang aku terfikir mungkin pemandu-pemandu dan penunggang di negara kita ini sudah hilang sifat sabar mereka. Memandu dalam keadaan yang merbahaya tanpa mengambil kira keselamatan diri sendiri dan orang lain.

Seharusnya kita menghargai nyawa yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t yang teramat bernilai ini. Kita cuma dianugerahkan hanya dengan satu nyawa sahaja. Memang betul ajal-maut itu ditangan tuhan, tapi setidak-tidaknya kita jadilah pemandu yang lebih berhemah dan ingatlah orang yang tersayang.

Comments

Popular posts from this blog

SENNI 3A TERES 2 TINGKAT SUPERLINK VILLA TERBARU DI BUKIT BANYAN

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana d...