Skip to main content

Penyakit Emosi

Pagi ini sewaktu sibuk membelek-belek e-mail yang diterima, tiba-tiba aku terpandang kepada satu artikel tentang EMOSI. Pada mulanya aku biarkan saja tapi akhirnya aku akur pada gerak hati untuk membaca artikel tersebut.

Memang betul hidup kita seharian dilalui dengan pelbagai emosi yang silih berganti, seperti sedih, duka, keciwa, gembira, ceria, bahagia, marah, benci dan macam-macam lagi tak terhitung dek tangan. Bagaimana menangani masalah emosi ini bergantung kepada diri kita sendiri kerana orang yang disekeling kita cuma mampu untuk melihat dan mendengar tapi terserah kepada kita untuk bagaimana mengatasi setiap masalah yang berkaitan emosi ini, lagipun orang lain tak melalui apa yang kita lalui dan orang lain juga tidak melalui pengalaman dan perasaan yang sama. Sejak kebelakangan ini memang sering kita dengar tentang pelbagai tindakan yang kurang bijak diambil hanya kerana tidak mampu menangani masalah emosi yang terganggu ini. Sungguh menyedihkan bila melihat sebuah keluarga yang dulunya bahagia tiba-tiba musnah kebahagiaannya dan begitu pilu di hati melihat kasih-sayang yang dipupuk atas nama cinta punah begitu saja.

Aku punya pengalaman melihat sendiri bagaimana sebuah keluarga yang bahagia dan sepasang suami-isteri yang amat menyayangi satu sama lain kini menjadi hambar hubungannya dek kerana penyakit emosi ini, atau lebih tepat aku katakan sering mengalami gangguan halusinasi. Si suami telah beberapa tahun mengalami stress yang berpunca dari masalah pejabat dan ditambah pula dengan sikap yang kurang berkawan dan selama ini hanya si isteri saja yang menjadi teman memburukkan lagi keadaan. Kerana bila diserang penyakit emosi semua tuduhan yang tidak berasas dilemparkan kepada si isteri dan si isteri sering di anggap sebagai musuhnya. Walaupun dugaannya amat berat dan walaupun sering dibebankan dengan tekanan mental oleh si suami tetapi si isteri tetap setia, taat, penyayang dan begitu sabar dengan tohmahan yang dilemparkan oleh si suami. Dek penyakit yang dideritainya si suami sering berprasangka buruk terhadap si isteri, pelbagai tuduhan dilemparkan yang kadang-kadang tak sanggup untuk aku sendiri mendengarnya. Hati kecilku amat sedih melihat penderitaan dan kepahitan yang terpaksa dilalui oleh si isteri tetapi apakan daya aku hanya mampu untuk mendengar, melihat dan memberikan sokongan moral sahaja, walaupun di sudut hati aku ingin sekali untuk membantu untuk meringankan bebanan yang ditanggungnya. Si suami tidak pernah menganggap dirinya sakit dan tidak pula pernah bersetuju untuk berubat dan ini memburukkan lagi tekanannya. Tidak cukup dengan pelbagai tuduhan terhadap isteri, si suami juga sering melibatkan orang luar dalam masalah mereka dan membuatkan keadaan menjadi tegang dengan jiran tetangga. Aku dan suami dah tak tau bagaimana untuk menolong, walaupun mereka adalah dari kalangan keluarga terdekat kami tapi kami sendiri sudah tidak tahu bagaimana lagi untuk kami menolong.. Jauh di sudut hati aku berdoa dan berharap moga-moga satu hari nanti semoga Allah s.w.t akan kurniakan kembali kebahagiaan yang pernah mereka kecapi dan semoga mereka sekeluarga akan sentiasa di rahmati Allah s.w.t hendaknya.

Walaupun mungkin pengalaman setiap pesakit itu tidak sama tapi aku yakin masalah berkaitan dengan penyakit emosi ini akan dapat juga di atasi satu hari nanti dengan kecanggihan ubat-ubatan.

Comments

Popular posts from this blog

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana d...

HATI !!! ADAKAH ENGKAU TENANG HARI INI

Seringkali kita jaga hati insan lain, Namun hati sendiri terluka dalam sepi. Sampai bila harus begini? Kita jadi pendengar segala cerita, Tenang tatkala amarah melanda, Sabar, diam menanggung rasa. Namun siapa yang memeluk jiwa kita, Menyejukkan luka yang tak terucap? Tiada salahnya menjadi baik, Tapi salah jika kebaikan itu memakan jiwa, Menghancurkan diri dalam senyap. Hati kita juga punya rindu, Perlu diusap, perlu dijaga. Jika dunia tak mengerti, Biarlah kita yang merawat sendiri, Dengan kasih sayang yang tak bertepi. Mulailah hari ini, letakkan tangan di dada, Bisikkan pada hati, “Adakah kau tenang di hari ini?” Jangan lupa, kawan, Bahwa kita bukan malaikat tanpa kelemahan, Bukan batu karang yang tak retak atau rapuh. Kita juga manusia, Yang perlukan ruang untuk menangis, Untuk marah, untuk lelah, dan untuk sembuh. Berikan diri izin untuk berhenti sejenak, Menghela nafas dalam-dalam, Merasakan detak jantung yang sama, Sambil memeluk harapan yang masih t...