Skip to main content

Dengarlah Diari

Dah lama juga ya, aku tak bercerita kepadamu wahai Diari... tentang kisah suka, duka dan pengalaman pahit dan manis yang aku lalui setiap hari. Tak tahulah samada aku ini benar-benar sibuk ataupun saja buat-buat sibuk dan kadang-kadang aku sendiripun tak faham apa yang aku sibukkan tu....yang aku tahu aku sangat sibuk dan tak cukup masa...."mengalahkan PM pula aku nikan".
Minggu lepas aku sibuk dengan harijadi Abang dan Ayahanda. Minggu sebelumnya pula sibuk dengan harijadi bonda. Jumaat lepas pula aku kurang sihat, biasalah orang perempuan....' Hari Sabtu pula sibuk dengan appointment kat Salun kat Siti...anak-beranak dengan facialnya. Hari Ahad pula berhempas-pulas di rumah, akulah emak dan aku jugalah orang-gaji. Semua kerja rumah perlu dibereskan, daripada kain-baju hinggalah segala-galanya aku sajalah yang dipertanggung-jawabkan. Dulu aku ingat bila anak-anak dah besar-panjang, ringanlah sikit tanggung-jawab sebab ada yang membantu tapi sebaliknya pula, semakin anak-anak membesar semakin sibuk aku bertungkus-lumus seorang diri. Bila di suruh banyak alasan yang diberikan dan pelbagai hujah pula yang di perkatakan...daripada membebel membuta-tuli lebih baik buat aje sendiri...walaupun penat tapi hati tak sakit. Anak-anak sekarang bukan macam anak-anak zaman kita dahulu...patuh arahan, nak cakap banyakpun tak berani. Anak-anak sekarang sepatah dari mulut kita, sepuluh patah pula yang keluar dari mulut dia.....'
Ahad lepas Abang ada tournament golf "Ombak Desaru"...akibat daripada tiada latihan yang konsisten sebelum tournament ni, heem apa lagi permainan hancur....rasa macam tak percaya mendengar score yang Abang dapat...Tapi nak cakap apa lagi... benda dah jadi...lagipun seminggu sebelum tournament tupun Abang balik kerumahpun agak lewat juga so memang tak ada masa untuk trainingpun. Hati memanglah sedih juga, sebab memang dah target at least dia akan dapat top 10 dan dapat melayakkan diri ke Desaru tu, ataupun at least melayakkan diri untuk hadiah untuk junior....' Mungkin dah bukan rezeki dialah tu. Cuma aku harap minggu hadapan dia akan bermain dengan lebih baik semasa di Port Dickson bagi melayakkan diri mewakili Kedah untuk SUKMA di Melaka pada bulan Jun nanti. apa-apapun Abang kenalah berusaha dari sekarang....lagipun minggu depan tu pejam-celik, pejam-celik sekejap saja tu.
Oklah...nanti ada waktu aku cerita lagi...badanpun rasa tak berapa sihat aje ni...macam nak demam tak demam saja....sakit saja seluruh anggota badan...'

Comments

Popular posts from this blog

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana dialah jodoh dari Allah untukku.  Aku juga ingin men

ZIKIR ASMAULHUSNA UTK MENGATASI MASALAH *** MENGATASI MASALAH HUTANG

ZIKIR : YA ALLAH YA FATAH YA BASITH YA WASI' YA RAZAQ YA GHONIY YA MUGHNI YA AWWAL BICARA HATI :- YA ALLAH, YA FATAH,  BUKAKAN JALAN KELUAR DARIPADA MASALAH KEWANGANKU. SESUNGGUHNYA ENGKAULAH YA QOBIDH YANG MENYEMPITKANKU KERANA  KASIHMU KEPADAKU. YA ALLAH, YA BASITH, YA WASI' LAPANGKANLAH DAN LUASKAN HIDUPKU. YA ALLAH, YA RAZAQ, YA GHONIY, YA MUGHNI KURNIAKANKU SEDIKIT REZEKI DAN KEKAYAANMU AGAR DAPAT KU MEMPERBAIKI MASALAH KEWANGAN YANG KRITIKAL INI, SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA MEMBERI KEKAYAAN. YA ALLAH, YA AWWAL MOHON DIPERCEPATKAN SESUNGGUHNYA DAKU SUDAH TIDAK MAMPU MENANGGUNG UJIAN INI, SESUNGGUHNYA ENGKAU YANG MAHA MEMPERCEPATKAN LAGI MAHA MENUNAIKAN HAJAT, YA MUJIB Panduan : Zikir AsmaulHusna disarankan untuk dibaca sebanyak 40X selepas setiap kali Solat.  Sekiranya tidak sempat, bolehlah di baca ketika waktu lapang.  Bagi masalah yang kronik, eloklah dibaca selepas solat hajat/solat dhula/solat tahajud dengan di baca d