Skip to main content

Al-Fatihah untuk Almarhum Abang Hazad

AL-FATIHAH aku kirimkan kepada Almarhum Abang Azad yang telah kembali ke Rahmatullah pada 21 Oktober 2010.


Sekalung TAKZIAH yang mampu aku kirimkan untuk Kak Zan dan anak-anak. Benarlah kata perpatah, "Ajal Maut, Jodoh Pertemuan di tangan Tuhan", bila sudah tiba waktunya tak dilengahkan walau seminitpun. Pemergian Almarhum bukan saja dirasai oleh isteri dan anak-anak tetapi jiran-jiran dan sahabat-handai juga turut merasa kehilangannya. Yang patah akan tumbuh dan yang hilang akan berganti tetapi yang tumbuh tak mungkin akan sama dengan yang patah dan yang berganti juga tak mungkin akan sama dengan yang hilang. Sudah menjadi lumrah hidup, manusia mati meninggalkan nama dan ia akan tetap di kenang sampai bila-bila. Budi-baik yang ditaburkan sepanjang hayatnya itu pasti akan sentiasa abadi dalam setiap ingatan insan-insan yang menyayangi beliau. Semua kebaikan yang telah ditaburkan selama hayatnya itu tak mungkin akan dilupakan.


Sebagai jiran yang paling dekat dan sebubung, kami sekeluarga amat merasai kehilangan Almarhum dan tak mungkin kami akan melupakan semua kebaikan dan keikhlasan Almarhum sehingga ke akhir hayat kami. Tak mungkin juga kami akan melalui hari-hari yang mendatang tanpa mengenang semua kebaikan beliau. Walaupun kami sayangkan Almarhum tetapi ternyata Allah lebih menyanyagi beliau dan kasih-sayang Allah terhadap Almarhum itu melebihi kasih-sayang kami terhadap Almarhum. Kami redha dengan pemergiannya Ya Allah.


"Ya Allah, Ampunilah segala dosa-dosanya, dari sekecil-kecil dosa sehinggalah sebesar-besar dosa yang mungkin dilakukan secara disedari ataupun tidak disedari. Limpahkanlah Ya Allah, Rahmat dan Kasih-sayangMu terhadapnya, lapangkanlah kuburnya dan tempatkan dia bersama-sama para solihin" Ameen Ameen .....Ya Robbil Alamin....


Semoga Kak Zan dan anak-anak akan sentiasa tabah menghadapi saat-saat ini dan banyak-banyakkanlah bersabar......Kami dapat merasakan apa yang kakak dan anak-anak rasai sekarang. Kami akan sentiasa bersama-sama di samping Kak Zan dan keluarga dalam melalui saat-saat sulit ini...Insyaallah.

Comments

Popular posts from this blog

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana dialah jodoh dari Allah untukku.  Aku juga ingin men

ZIKIR ASMAULHUSNA UTK MENGATASI MASALAH *** MENGATASI MASALAH HUTANG

ZIKIR : YA ALLAH YA FATAH YA BASITH YA WASI' YA RAZAQ YA GHONIY YA MUGHNI YA AWWAL BICARA HATI :- YA ALLAH, YA FATAH,  BUKAKAN JALAN KELUAR DARIPADA MASALAH KEWANGANKU. SESUNGGUHNYA ENGKAULAH YA QOBIDH YANG MENYEMPITKANKU KERANA  KASIHMU KEPADAKU. YA ALLAH, YA BASITH, YA WASI' LAPANGKANLAH DAN LUASKAN HIDUPKU. YA ALLAH, YA RAZAQ, YA GHONIY, YA MUGHNI KURNIAKANKU SEDIKIT REZEKI DAN KEKAYAANMU AGAR DAPAT KU MEMPERBAIKI MASALAH KEWANGAN YANG KRITIKAL INI, SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA MEMBERI KEKAYAAN. YA ALLAH, YA AWWAL MOHON DIPERCEPATKAN SESUNGGUHNYA DAKU SUDAH TIDAK MAMPU MENANGGUNG UJIAN INI, SESUNGGUHNYA ENGKAU YANG MAHA MEMPERCEPATKAN LAGI MAHA MENUNAIKAN HAJAT, YA MUJIB Panduan : Zikir AsmaulHusna disarankan untuk dibaca sebanyak 40X selepas setiap kali Solat.  Sekiranya tidak sempat, bolehlah di baca ketika waktu lapang.  Bagi masalah yang kronik, eloklah dibaca selepas solat hajat/solat dhula/solat tahajud dengan di baca d