Skip to main content

Mengapakah Aku Masih Belum Menulis?

Sudah lebih dari dua bulan aku tidak membuka blog ini dan aku langsung tidak menulis apa-apa bukan sahaja di blog ini malah tak ada juga tulisan di mana-mana. Alasanku tetap sama saja sibuk, tak sempat, letih, tak ada masa terluang dan pelbagai lagi alasan yang mengukuhkan lagi sebab musabab untuk aku melengahkan diri dari menulis.


Pada 2 Oktober 2010 aku telah mengikuti kursus menulis rencana untuk majalah dan akhbar. Semangat pada ketika itu berkobar-kobar untuk mengorak langkah dan mendekatkan diri dengan penulis tapi itulah...semangat tersebut hanya setakat berkobar-kobar tanpa tindakan susulan yang dilakukan.


Aku masih tidak dapat mengeluarkan diriku ini dari zon selesa aku...mungkin kerana aku masih selesa dengan pendapatan yang aku perolehi setiap bulan...tetapi sampai bila? sampai bila? Hanya aku yang mampu mengubah diriku untuk melakukan sesuatu yang aku minat dan aku suka...Suami amat mengalakkan aku untuk menceburi bidang tulisan ini secara serius tapi aku masih tetap aku...yang masih tidak bertindak dan tidak melakukan apa-apa....'


Ya Allah Ya Tuhanku Engkaulah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang....Tolonglah aku, bantulah aku, lenyapkanlah ketakutanku dan perasaan ragu-raguku untuk memulakan sesuatu yang baru dalam hidupku, hapuskanlah Ya Allah kemalasan yang ada di dalam diriku yang sering menjadi penyebab mengapa sehingga kini aku masih tidak menulis apa-apa. Ya Allah, tunjukkilah aku jalan untuk bagaimana harus aku memulakan kerjayaku di dalam bidang penulisan, kurniakanlah Ya Allah kepadaku semangat dan kekuatan untuk aku mencari keredhaanMu melalui tulisan-tulisanku. Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau kabulkanlah Ya Allah impianku untuk menjadi seorang penulis bebas yang berjaya satu hari nanti. Semoga aku memperolehi pendapatan yang halal melalui semua hasil-hasil tulisanku. Ameen Ameen Ameen

Comments

Popular posts from this blog

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana dialah jodoh dari Allah untukku.  Aku juga ingin men

ZIKIR ASMAULHUSNA UTK MENGATASI MASALAH *** MENGATASI MASALAH HUTANG

ZIKIR : YA ALLAH YA FATAH YA BASITH YA WASI' YA RAZAQ YA GHONIY YA MUGHNI YA AWWAL BICARA HATI :- YA ALLAH, YA FATAH,  BUKAKAN JALAN KELUAR DARIPADA MASALAH KEWANGANKU. SESUNGGUHNYA ENGKAULAH YA QOBIDH YANG MENYEMPITKANKU KERANA  KASIHMU KEPADAKU. YA ALLAH, YA BASITH, YA WASI' LAPANGKANLAH DAN LUASKAN HIDUPKU. YA ALLAH, YA RAZAQ, YA GHONIY, YA MUGHNI KURNIAKANKU SEDIKIT REZEKI DAN KEKAYAANMU AGAR DAPAT KU MEMPERBAIKI MASALAH KEWANGAN YANG KRITIKAL INI, SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA MEMBERI KEKAYAAN. YA ALLAH, YA AWWAL MOHON DIPERCEPATKAN SESUNGGUHNYA DAKU SUDAH TIDAK MAMPU MENANGGUNG UJIAN INI, SESUNGGUHNYA ENGKAU YANG MAHA MEMPERCEPATKAN LAGI MAHA MENUNAIKAN HAJAT, YA MUJIB Panduan : Zikir AsmaulHusna disarankan untuk dibaca sebanyak 40X selepas setiap kali Solat.  Sekiranya tidak sempat, bolehlah di baca ketika waktu lapang.  Bagi masalah yang kronik, eloklah dibaca selepas solat hajat/solat dhula/solat tahajud dengan di baca d