Skip to main content

Tinggal di Asrama atau Tinggal di Rumah? Yang Mana Satu Ni.........


Ya Allah Ya Tuhanku....aku mohon petunjuk dan pertolongan darimu Ya Allah...
Aku keliru, aku binggung, aku resah, aku sedih dan aku bimbang. Begitulah perasaan berkecamuk yang aku alami sekarang.

Sejak puteri bongsuku mendapat tawaran ke Asrama pada minggu lepas, aku menjadi tidak keruan, semua yang aku fikirkan terasa tak kena. Sebahagian dari aku redha untuk melepaskan dia tinggal di Asrama dan di sebahagian yang lain, aku merasa amat sedih dan kehilangan. Tak mudah rupanya untuk melepaskan anak-anak kesayangan kita tinggal berjauhan dari kita. Hati aku sungguh sedih dan tak mampu aku gambarkan dengan perkataan.

Walaupun aku tahu tinggal di Asrama ada banyak kebaikannya tetapi adalah bukan sesuatu yang mudah untuk berpisah.

Comments

Popular posts from this blog

SENNI 3A TERES 2 TINGKAT SUPERLINK VILLA TERBARU DI BUKIT BANYAN

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana d...