Skip to main content

KEJOHANAN GOLF MSSM 2011, KGSAAS 15 - 17 MARCH 2011

Alhamdulillah selesai sudah Kejohanan yang sentiasa menjadi debaran kepada si putera hati Umi, Muhammad Irfan Harraz bin Razanan.

Segala penat-lelah dan pengorbanan si putera akhirnya terbalas apabila pasukan di bawah umur 18 tahun dari Negeri Jelapang Padi Kedah telah dinobatkan mendapat tempat Ke 2 pada kejohanan ini, Alhamdulillah.

Insyaallah masih banyak lagi yang harus di rancang dan latihan harus juga di pertingkatkan untuk mempersiapkan diri bagi melayakkan diri untuk menyertai tournament yang lebih besar dan mencabar di masa akan datang. Namun Umi yakin dengan semangat yang kental dan tidak takut untuk menyahut cabaran Insyaallah, Abang pasti dapat melaluinya dengan mudah.

Tahniah daripada Ummi, Abah, Adik yang pastinya akan mendokong setiap usaha Abang dalam mengejar cita-cita Abang....'


"Kedah Boleh", Irfan Boleh.......

Comments

Popular posts from this blog

SENNI 3A TERES 2 TINGKAT SUPERLINK VILLA TERBARU DI BUKIT BANYAN

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana d...