Skip to main content

MAK NGAH & DEMOT (ITM ARAU, PERLIS)

Ya Allah...Aku bersyukur padamu kerana akhirnya aku telah diberikan kesempatan untuk menghubungi dua orang sahabatku yang telah hampir 20 tahun lebih terputus hubungan. Maklumlah selepas graduate dan berfamili masing-masing mula sibuk dengan kehidupan masing-masing dan sedikit demi sedikit melupakan orang-orang yang suatu waktu dulu pernah menjadi orang-orang yang penting dan kita sayang di dalam kehidupan kita. Makan semangkuk maggi, tidur sebantal dan setilam, sama-sama susah dan sama-sama senang dengan kehidupan Campus yang sungguh indah.. Pengalaman yang tak mungkin ditemui di mana juapun. Makan sayur campur rumput, ikan hanyir dan busuk...nasi kadang-kandang mentah...dan macam-macam lagi....Tapi walaupun perit ianya tetap indah dan itulah kehidupan namanya.

Apa yang aku harapkan ialah semoga peluang kedua yang diberikan Allah ini kepada kami tidak kami sia-siakan dan semoga kami akan "keep in-touch" hingga ke akhir hayat kami....

Insyaallah panjang umur kita akan pasti berjumpa satu hari nanti......'

"Mak Ngah" dan "DEMOT" dua nama yang tidak mungkin aku kikiskan dari hati aku...

I MISS YOU BOTH..

Comments

Popular posts from this blog

SENNI 3A TERES 2 TINGKAT SUPERLINK VILLA TERBARU DI BUKIT BANYAN

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana d...