Skip to main content

MUHAMMAD IRFAN HARRAZ - MSSM 2011 (GOLF)





ALHAMDULILLAH syukur ke hadrat ALLAH S.W.T kerana dengan Limpahan Rahmat dan kasih Sayangnya.....Segala pengorbanan dan penat lelah sang putera akhirnya berbaloi juga apabila telah melayakkan diri mewakiki Negeri Jelapang Padi ke Kejohanan MSSM GOLF di KGSAS, Selangor Darul Ehsan, pada 15-17 March 2011 yang akan datang.

Abah, Ummi dan Adik mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH dan semoga impian Abang untuk menempa nama di bidang GOLF ini akan menjadi kenyataan suatu hari nanti. Kejayaan demi kejayaan yang abang capai selama ini adalah melalui seribu kepayahan kerana segala-galanya terhad, tidak seperti kawan-kawan Abang yang lain yang lebih bernasib baik, mereka memiliki segala-galanya yang mereka inginkan dan apa saja yang diinginkan semuanya dapat diadakan dan disediakan oleh ibu-bapa mereka. Namun Ummi bangga dalam semua keadaan yang terhad itu..Abang juga masih mampu untuk menempa kejayaan. Percayalah Sayang kejayaan yang di tempa melalui keperitan dan kepayahan itu amat tinggi nilainya dan akan lebih Abang hargai dan ianya akan menjadi pengalaman dan kenangan terindah di dalam hidup Abang suatu hari nanti.

Ummi panjatkan doa kehadrat Allah Yang Maha Berkuasa, Maha Pengasih, Maha Penyayang lagi Maha Mengetahui agar Abang akan dapat menduduki senarai Top 8 pada kejohanan kali ini Insyaallah.

Comments

Popular posts from this blog

SENNI 3A TERES 2 TINGKAT SUPERLINK VILLA TERBARU DI BUKIT BANYAN

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana d...