Skip to main content

Mee Kari Ala-ala Nyonya - Belajar dari dapurkakjee.com

Semenjak dua menjak aku selalu juga intai-intai dan baca tulisan-tulisan kak jee dekat blog dia dapurkakjee.com. Banyak cerita dan banyak juga resepi yang kak jee kongsikan kat situ. Baru ini aku secara tak sengaja telah melihat resepi mee kari ala nyonya yang kak jee kongsikan di situ. Apa lagi bila melihat gambarnya saja dah rasa teliur....jadi petang itu balik saja dari kerja terus singgah ke kedai dan mendapatkan semua bahan-bahan yang diperlukan. Selama ini aku sering juga memasak mee kari kerana masakan itu memang aku punya specialitist, aku belajar semasa berkunjung ke Kuantan, dah lama dah.

Sebaik saja selesai memasak, adikpun tolonglah aku menghidang. Hubby dan abang pula as usual ke padang golflah tempat mereka. Selesai solat kamipun menikmatilah mee kari yang pertama kali aku cuba itu. Aku tak cakap apa-apa pada hubby tapi dia tiba-tiba bersuara,"Ni macam mee kari ipoh saja, sedap..!' Akupun dengan bangganya terus menjawab resepi baru jumpa kat blog Fauziah Abd Samad. Aku kata pada hubby, sayang tak ada kerang, kalau tidak tentu lagi sedap, hubby yang khusyuk menjamu selera hanya mengiyakan. As usual abang bilapun makan mee kari masakan aku, memang tak angkat kepala memang concentrate punya sebab memang favourite food dia mee kari. Alhamdulillah akhirnya berjaya juga aku mendapatkan resepi mee kari ala nyonya yang memang telah lama aku cari.

Thanks to Kak Jee, kerana sudi berkongsi resepi itu di blognya. Sayang sekali terlupa ambil gambar nak publish mee kari yang aku masak hari tu.

Comments

  1. terima kasih kerana sudi mencuba. trylah jugak buat penang fried kway teow kjee. masa kjee meniaga dulu, mi kari, penang fried kway teow dan juga laksa johor antara favourite pengunjung.

    ReplyDelete
  2. Insyaallah Kak Jee...akan di cuba sebab blog Kak Jee adalah blog favourite Ana mengintai resepi-resepi baru dan sedap. Semoga Allah saja yang membalas segala budi baik Kak Jee dalam perkongsian resepi di situ

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana d...

HATI !!! ADAKAH ENGKAU TENANG HARI INI

Seringkali kita jaga hati insan lain, Namun hati sendiri terluka dalam sepi. Sampai bila harus begini? Kita jadi pendengar segala cerita, Tenang tatkala amarah melanda, Sabar, diam menanggung rasa. Namun siapa yang memeluk jiwa kita, Menyejukkan luka yang tak terucap? Tiada salahnya menjadi baik, Tapi salah jika kebaikan itu memakan jiwa, Menghancurkan diri dalam senyap. Hati kita juga punya rindu, Perlu diusap, perlu dijaga. Jika dunia tak mengerti, Biarlah kita yang merawat sendiri, Dengan kasih sayang yang tak bertepi. Mulailah hari ini, letakkan tangan di dada, Bisikkan pada hati, “Adakah kau tenang di hari ini?” Jangan lupa, kawan, Bahwa kita bukan malaikat tanpa kelemahan, Bukan batu karang yang tak retak atau rapuh. Kita juga manusia, Yang perlukan ruang untuk menangis, Untuk marah, untuk lelah, dan untuk sembuh. Berikan diri izin untuk berhenti sejenak, Menghela nafas dalam-dalam, Merasakan detak jantung yang sama, Sambil memeluk harapan yang masih t...