Skip to main content

PGM @ Harvard Golf Resort, Bedong Kedah (18-21 April 2011)

Walaupun telah lama putera aku Muhammad Irfan Harraz berkecimpung dan terlibat secara serius dalam arena GOLF namun inilah kali pertama dia menyertai pertandingan GOLF anjuran PGM yang melibatkan golongan PRO di Malaysia.

Walau bagaimanapun kelebihan bermain di home course tidak menyebelahinya. Pada hari pertama, 18 April 2011 catatan score amat mengejutkan iaitu 85. Aku sendiri terkejut, tapi aku tahu dia telah mencuba sebaik yang mungkin. Bila aku tanya "kenapa?" jawapan darinya. "Umi, abang ketaqlah sampai hole no 9". Aku faham ini kali pertama dia terlibat dengan kumpulan PRO yang sedang dan telah mencipta nama dalam bidang GOLF di Malaysia amnya. Pada hari kedua pencapaiannya adalah lebih baik dengan catatan score 78, walaupun +6 tetapi lebih baik dari hari pertama.

Walaupun tidak dapat melayakkan diri ke final round tapi aku dan suami tetap berbangga kerana ini adalah pertandingan besar bagi dirinya dan setidak-tidaknya aku tahu dia telah mencuba.

Sekalung terima kasih juga untuk Zu yang telah sudi menawarkan diri sebagai KD kepada abang untuk tournament ini. Zu juga telah sanggup bekorban 2 hari persekolahannya untuk membantu abang sepanjang dua hari ini dan semoga Zu juga dapat menimba pengalaman melalui pemerhatian semasa tournament ini berlangsung.

Insyaallah, auntie berdoa dan berharap agar Allah akan membalas segala budi-baik Zu itu. Ameen

SYABAS dari Umi dan Abah.

Comments

Popular posts from this blog

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana d...

HATI !!! ADAKAH ENGKAU TENANG HARI INI

Seringkali kita jaga hati insan lain, Namun hati sendiri terluka dalam sepi. Sampai bila harus begini? Kita jadi pendengar segala cerita, Tenang tatkala amarah melanda, Sabar, diam menanggung rasa. Namun siapa yang memeluk jiwa kita, Menyejukkan luka yang tak terucap? Tiada salahnya menjadi baik, Tapi salah jika kebaikan itu memakan jiwa, Menghancurkan diri dalam senyap. Hati kita juga punya rindu, Perlu diusap, perlu dijaga. Jika dunia tak mengerti, Biarlah kita yang merawat sendiri, Dengan kasih sayang yang tak bertepi. Mulailah hari ini, letakkan tangan di dada, Bisikkan pada hati, “Adakah kau tenang di hari ini?” Jangan lupa, kawan, Bahwa kita bukan malaikat tanpa kelemahan, Bukan batu karang yang tak retak atau rapuh. Kita juga manusia, Yang perlukan ruang untuk menangis, Untuk marah, untuk lelah, dan untuk sembuh. Berikan diri izin untuk berhenti sejenak, Menghela nafas dalam-dalam, Merasakan detak jantung yang sama, Sambil memeluk harapan yang masih t...