Skip to main content

PERGINYA SEORANG PATRIOT - ALLAHYARHAM HAJI ABDUL RANI MOHD HUSSAIN





Jam 3:00 petang, tanggal 12 Julai 2011, Abah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di kediamannya di No: 645, Jalan Syed Zainal, Pokok Assam, Taiping, Perak. Abah telah pergi untuk selama-lamanya setelah bertahun-tahun lamanya Abah berjuang dengan semangat patriot yang ada padanya untuk terus hidup di samping orang-orang yang amat Abah sayangi.

Hari ini genap seminggu Abah telah meninggalkan kami, hati kami masih bersedih mengenangkan pemergian Abah, walaupun kami redha tapi kami redha dalam keterpaksaan. Aku amat rindukan Abah dan aku rasakan aku masih belum mampu untuk menjadi seorang menantu yang baik kepada Abah sepanjang 17 tahun ini. Aku tak berkesempatan untuk memohon maaf dari Abah untuk kali terakhirnya untuk setiap dosa-dosa yang mungkin telah aku lakukan tanpa aku sendiri sedari dan mungkin pula menyinggung perasaan Abah. Hatiku sedih bila mengenangkan yang aku juga tidak mampu untuk mengembirakan hati Abah di saat-saat akhir hayatnya. Masih terlalu banyak yang ingin aku lakukan untuk Abah tapi aku sudah tidak punya kesempatan tersebut.

Ya Allah ampunilah segala dosa-dosa Abah dari sekecil-kecil dosa sehinggalah sebesar-besar dosa dan kau lapangkanlah kuburnya dan tempatkanlah rohnya bersama-sama para Solihin....Amin

Comments

Popular posts from this blog

SENNI 3A TERES 2 TINGKAT SUPERLINK VILLA TERBARU DI BUKIT BANYAN

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana d...