Skip to main content

23 August 2011

Dah beberapa hari tak sempat up-date blog ni, ketandusan idea nampaknya aku semenjak dua menjak ini, mungkin dah tiba mood raya kut.

Tapi apa yang menyedihkan ialah sejak kebelakangan ini di dada akhbar kita di sajikan dengan berita-berita yang menyedihkan seperti kemalangan yang meragut nyawa, kes bunuh, terputus jari akibat mercun dan keldai dadah serta kes JAIS.

Mengapakah kita semua tidak mengambil iktibar daripada kejadian-kejadian yang lalu. Nyawa adalah satu anugerah yang paling berharga yang dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada kita hamba-hambanya. Tetapi apa yang menyedihkan bila nyawa terbang melayang begitu saja akibat daripada kelalaian kita ataupun orang lain di atas jalanraya dan ada pula ketikanya nyawa di ragut pula dengan pembunuhan yang kejam tanpa perasaan belas kasihan terhadap sesama insan. Menjelang perayaan pula, seringkali terdengar berita anak-anak cedera akibat mercun dan kejadian terbaru melibatkan murid tahun 6 yang tak lama lagi akan menduduki peperiksaan. Aku berharap agar ibu-bapa dapat memantau kegiatan anak-anak ini dan mungkin juga kita boleh terangkan pada anak-anak akan bahayanya bermain mercun dan kecederaan yang mungkin berlaku andainya mereka tak berhati-hati.

Semoga setiap dari kita mengambil iktibar dari setiap kejadian yang berlaku di sekeliling kita.

Comments

Popular posts from this blog

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana d...

HATI !!! ADAKAH ENGKAU TENANG HARI INI

Seringkali kita jaga hati insan lain, Namun hati sendiri terluka dalam sepi. Sampai bila harus begini? Kita jadi pendengar segala cerita, Tenang tatkala amarah melanda, Sabar, diam menanggung rasa. Namun siapa yang memeluk jiwa kita, Menyejukkan luka yang tak terucap? Tiada salahnya menjadi baik, Tapi salah jika kebaikan itu memakan jiwa, Menghancurkan diri dalam senyap. Hati kita juga punya rindu, Perlu diusap, perlu dijaga. Jika dunia tak mengerti, Biarlah kita yang merawat sendiri, Dengan kasih sayang yang tak bertepi. Mulailah hari ini, letakkan tangan di dada, Bisikkan pada hati, “Adakah kau tenang di hari ini?” Jangan lupa, kawan, Bahwa kita bukan malaikat tanpa kelemahan, Bukan batu karang yang tak retak atau rapuh. Kita juga manusia, Yang perlukan ruang untuk menangis, Untuk marah, untuk lelah, dan untuk sembuh. Berikan diri izin untuk berhenti sejenak, Menghela nafas dalam-dalam, Merasakan detak jantung yang sama, Sambil memeluk harapan yang masih t...