Hari Ahad as usual lepas hantar kedua-dua orang putera dan puteri aku ke sekolah, akupun trus pulang ke rumah dan menjadi 'bibik' yang tak dibayar gaji. Maklumlah dah nak dekat raya so banyaklah kerja yang kena buat dari cuci kipas, buang sawang, mop lantai, lap perabot dan ubah kedudukan perabot dan macam-macam lagilah.
Tapi ok juga buat kerja sorang-sorang, walaupun penat tapi happy. Mulutpun tak payah nak pot-pet..bukannya apa kadang-kadang bila minta tolong dengan prince dan princess tu, bukannya serta-merta akan di tolong, paling-paling jawapannya "sat Ummi" favourite word mereka "sat" dalam bahasa kedah means nanti. So mereka punya "sat" tu kadang-kadang berjam-jam sampai kena ulang-ulang memanggil dan menyuruh....habis tu macam-mana mulut tak pot pet.....bila kita pot-pet mereka tak suka pula, tapi begitulah setiap hari, kedua-duanya begitu asyik dengan aktiviti masing-masing. Prince dengan FBnya dan Princess pula dengan remote TVnya mengadap depan TV sampai berjam-jam.
Elok selesai mengemas dah masuk Zohor, aku solat sekejap kemudian 1:45 petang dah keluar semula untuk anak-anak dari sekolah. Tak macam masa aku kecik-kecik dulu, pergi sekolah naik basikal. Sekarang anak-anak di hantar sampai ke depan pintu pagar sekolah, bersusun kereta emak-ayah menghantar dan menjemput anak-anak di sekolah. Duit poket yang dibawa ke sekolah juga tak macam kita dulu, masa dulu 30 sen dah kira besar sekarang 5.00 pun kata tak berapa nak cukup. Hai beruntunglah anak-anak zaman sekarang.
Balik dari menjemput anak-anak di sekolah, sibuklah aku ke dapur, untuk menyiapkan menu berbukan puasa. Sebab dah malas nak ke Tesco atau ke pasar aku masak ajalah apa yang ada dalam fridge. So menu kami berbuka hari ini ialah, ikan bawal di goreng panas-panas dengan kuah kari, sambal belacan dan ulam-ulaman, kelempong goreng cili dan tempe goreng dengan bilis dan cili. Heem walaupun simple tapi memang berselera, tambahan pula ikan bawal aku goreng panas-panas sebelum berbuka dengan di tabur bawang goreng, daun sup dan cili merah yang dipotong. Heeemmm sedap. Selesai berbuka dan bersolat akupun mengadap pula kain yang tinggi mengunung untuk di lipat sambil mata aku menjeling ke TV melihat perlawanan badminton final di antara lee chong wei dan lin dan. Sedih.....lee chong wei gagal mempertahankan kejuaraannya. Tapi adat pertandingan memanglah macam tu ada kalah dan ada yang menang. Kalau semua menang tak dinamakan perlawananlah pula.....Elok saja selesai melipat dan memasukkan semua kain-kain ke dalam almari masing-masing maka akupun sempat minum dan makan chicken tart yang aku sediakan masa berbuka tadi dan kemudiannya berehat seketika sebelum masuk tidur. Selesailah sudah diari aku untuk hari itu.

Comments
Post a Comment