Skip to main content

Hari Raya Dahulu & Sekarang

Kemeriahan Sambutan Hari Raya Dahulu dan Sekarang bagi aku memang ada bezanya. Masih aku ingat masa aku kecik-kecik dulu, hari raya adalah satu hari yang sangat ditunggu-tunggu oleh kami adik beradik. Mana tidaknya, aku mempunyai empat orang adik-beradik dan hanya ayah sahaja yang bekerja, jadi sumber pendapatan keluarga datangnya dari ayah yang hanya bekerja sebagai kerani. Kami hidup serba sederhana, ada makan, ada pakai dan ada wang saku untuk ke sekolah.

Aku masih ingat masa tu kalau nak makan ayam atau sajian yang special kenalah tunggu hari raya ataupun tunggu ayah dapat gaji ataupun kalau ayah ada wang lebih. Nak beli baju dan kasut baru tu kenalah tunggu hari raya sajalah, itupun raya puasa saja ada pakaian baru raya haji memang tak ada punya, masing-masing akan dapat dua pasang baju, satu baju kurung dan satu lagi baju moden samada seluar jeans ataupun skirt, masa tu memang dah jadi kebiasaan budak-budak perempuan melayu pakai skirt, malah ke sekolah waktu itupun pakai skirt sampai tingkatan lima. Jadi bila dua atau tiga minggu lagi nak raya ayah bawa kami pergi membeli belah untuk persiapan raya hati kami adik beradik sungguh gembira. Bila dah dapat baju baru tu pula, hari-hari kami akan cuba ataupun 'try' baju dan kasut baru tu hampir setiap hari kat dalam rumah saja sampailah menjelang hari raya. 'Try' baju dan kasut baru tu dalam rumah saja sebab takut nanti kawan-kawan tengok nanti hilang serinya. Pendek kata selagi tak raya selagi tulah dok 'try' baju raya...kadang-kadang emak aku pot-pet juga tapi kami adik beradik buat badak saja, janji boleh 'try'.

Sama juga dengan emak aku, kalau ayah ada rezeki lebih untuk tahun tu, ada peluang tukar langsir dan sarung kusyen baru, seminggu nak raya tu dah siap suruh kami adik-beradik cuci tingkap 'nako', buang sawang satu rumah dan cuci kipas dah tu kena pula lap dinding rumah, maklumlah dinding kayu yang di cat kadang-kadang ada juga kesan tompok-tompok hitam jadi kamipun bergotong royong tapi ada juga yang curi tulang. Bila tanya, "mak bila kita nak pasang langsir baru?" mak akan jawab, "tunggu malam rayalah, nanti hilang seri". Mak takut langsir hilang seri kalau digantung awal-awal, dan kami pula takut baju hilang seri kalau kawan-kawan lihat.

Masa dulu-dulu kuih raya mana ada beli, semua buat sendiri, aku ni boleh kategori pandai buat kuihlah juga, jadi seawal darjah 5 aku memang dah buat kuih raya sendiri tapi di bantu oleh adik-adik aku yang 2 lelaki yang beza umurnya satu dan 7 tahun dengan aku manakala adik bongsu aku yang perempuan masih kecil lagi. Aku adunkan kuih dan tekap dengan acuan dan adik aku yang kedua pula akan tolong aku membakar kuih-kuih tersebut di dalam oven, lima atau enam round membakar tu ok saja semuanya cantik-cantik tapi bila dia dah nampak kuih dah banyak macam bukit, dia mulalah bakar biar hangit, sebab bila kuih tu hangit dia adalah peluang nak makan kuih tu, jadi kuih-kuih yang hangit dia akan masukkan ke dalam bekas asing dan mereka berdua akan menghadapnya sambil menonton tv. Apa lagi bila ada kuih yang makin banyak yang hangit akupun mulakah naik angin, so bisinglah di dapur, selalunya bila kami buat kuih mak tak masuk campur sebab mak kata dah jemu buat kuih. Ayah pula setiap kali kami buat kuih dia akan kata, heem resepi yang sama cuma ditukar-tukar rasa, letak nestum jadi biskut nestum, letak nescafe jadi biskut nescafe, bila letak milo dan koko jadi biskut buah kana, letak mixed fruit jadilah biskut apa entah akupun dah tak ingat namanya, tapi favourite aku biskut kelapa atau orang Kedah panggil 'biskut nyok' dan kuih samperit, Bila ada lagi lebihan tepung dan planta dan saki-baki hiasan aku main hentam saja bancuh dan uli-uli jadi bulat kecil dan kemudian di tekan dengan garfu, jadilah design yang menarik juga aku kira pada waktu itu, ataupun kadang-kadang letak saja kismis ataupun chocolate rice. Kuih-kuih raya yang dah siap tu, bukannya pula boleh biar terdedah di kabinet dapur, memang merbahaya, sebab adik-adik lelaki aku yang dua orang ni suka curi makan waktu orang semua dah tidur. Ada sekali tu mak letak saja tin-tin kuih atas kabinet, bila malam raya aku nak masukkan ke dalam balang kuih, aku pegang tin-tin tu, semuanya ringan saja, rupanya mereka dah makan, apa lagi mengamuk besarlah aku masa tu. Bila kenang-kenang masa kuih raya aku hilang masuk dalam perut dia orang memanglah naik angin, tapi bila fikir-fikir balik sekarang, kelakar jugakan. Sejak dari tahun kehilangan kuih-kuih aku tu, mak mesti sorok semua tin-tin kuih raya yang hanya emak saja yang tahu tempatnya. Malah sekarang nipun walaupun aku hanya membeli saja kuih-kuih raya untuk emak, emak juga akan sorok sehinggalah tiba hari raya sebab mak takut kuih dia hilang lagi sebab bila kedua-dua adik lelaki aku tu walaupun dah beranak-pinak tapi masih suka juga 'curi' makan kuih raya kat rumah mak especially bila mereka datang berbuka di rumah mak, so emak bab-bab komplot sorok ni memang cekap sampai kadang-kadang benda atau makanan yang disoroknya itu basi dan berkulat sebab dia sendiri terlupa dan bila emak buat komplot sorok memang susah kami nak cari.

Bila hari raya tiba, aku masih ingat lepas sembahyang raya kami akan balik ke rumah dan lepas tu kami dah mulalah berkumpul dengan kawan-kawan, apa lagi seperti kebiasaannya buat rombongan kutip duit raya ke rumah-rumah jiran, haaa seronok banyak dapat duit. Bila dah ada duit raya yang masa tu walaupun taklah sebanyak yang diperolehi budak-budak sekarang tapi kami sangat gembira. Malamnya sibuklah dok kira duit raya siapa yang paling banyak, dah tentulah adik-adik lelaki aku yang menang sebab mereka merayau tak tau sampai ke zon mana. Dulu dapat duit raya RM0.50 hingga RM1.00 dari seseorang atau sesebuah rumah dah sangat besar nilainya. Anak-anak sekarang dapat RM0.50 pun dah nampak muka tak gembira sebab nilainya dah terlalu kecil untuk mereka.

Bila dah ada duit raya, maka esoknya raya kedua aku dan kawan-kawan dah berpakat nak naik bas ke pekan. Seronok naik bas, maklumlah dulu nak kemana-manapun naik basikal saja so bila dah jadi kaya sikit dengan kutipan duit raya, naik taraf sikit, naik bas ke pekan, happy sangat. Di pekan kami pergi ke gerai di tepi stesyen bas, makan laksa,ais kacang dan rojak buah. Sedap sangat-sangat dan kemudian kalau masih banyak lagi lebihan duit raya dan kalau ada wayang yang menarik sedang di tayangkan time raya tu kami pun pergilah pula menonton wayang beli tiket kelas 3, duduk di depan, terpaksalah mendongak, masa dulu mana ada CD yang ada Video Tape tapi harganya pula mahal. Bila balik dari menonton wayang sibuklah pula bercerita pada emak.

Aku merasakan pengalaman berhari raya masa dahulu lebih indah daripada pengalaman berhari-raya anak-anak sekarang. Malah mungkin mereka juga tidak dapat merasai kemeriahan sepertimana aku rasai dulu. Lihat saja anak-anak sekarang nak makan ayam atau apa-apa sajian istimewa tak perlu tunggu sambutan istimewa, cakap aja pasti emak dan ayah sediakan sebab majoriti emak dan ayah bekerja jadi tak payah nak tunggu ayah dapat gaji atau hari raya baru makan ayam. Baju baru juga selalu di beli, boleh di katakan hampir setiap bulan ada saja baju di beli sebab sekarang emak dan ayah beli keperluan di hyper-market so bila setiap minggu ke hyper market dan ada kalanya window shopping heem ada yang terbekenan di mata, emak atau ayah belilah untu si puter atau si puteri mereka dan ada pula kadang-kadang anak-anak tak minta tapi emak atau ayah pula yang beli jadi tak perlu tunggu raya mesti ada pakaian baru di beli dalam setahun beberapa kali. Tapi aku dulu setahun sekali itulah dapat baju baru jadi kita sangat menghargai pemberian itu. Sebab itulah anak-anak kita sekarang tak sibuk nak 'try' baju raya setiap hari macam kita dulu.

Begitu juga wang saku, dulu aku dan adik-adik bawa wang saku 30-40 sen seorang ke sekolah. Walaupun jumlah kecil tapi kadang-kadang masih boleh juga di simpan 5-10 sen. Jadi nak pegang duit yang banyak cuma masa time raya saja itupun yang dapat bukanya banyak antara RM 10-15 saja, itupun dah kira banyak. Anak kita sekarang ke sekolah saja, contohnya aku, kedua-dua anak aku diberi RM5.00 seorang sebagai wang saku, itupun bila tanya si adik kadang-kadang ada juga lebih tapi si abang tiap-tiap hari habis dibelanjakan. Jadi sebab itu mereka tak berapa kisah sangat pasal duit, bila suruh beraya ke rumah jiranpun susah mesti kita pula temankan, nak harapkan mereka pergi sendiri memang tak adalah. Dulu kita buat sendiri kuih raya tapi sekarang kuih raya main tunjuk dan bayar saja so di rumahpun tak adalah suasana sambutan hari raya sebab kuih-kuih dah order cuma perlu dimasukkan dalam balang pada malam raya tu saja.

Sekarang anak-anak nak tengok cerita-cerita baru tak perlu tunggu raya, hampir setiap bulan ada saja cd-cd baru yang keluar dan beli di pasar malam pula cuma RM5.00 saja dapat pula tonton satu keluarga sebab harga VCD player dah murah jadi hampir semua rumah ada VCD.

Jadi aku rasa pengalaman kita dahulu dengan anak-anak kita memang tak sama, bezanya macam langit dengan bumi. Tapi iyalah zaman dah berubah so pengalamanpun berubahlah tapi bagi diri aku, aku merasakan pengalaman dahulu sungguh indah untuk dikenang.

Comments

Popular posts from this blog

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana dialah jodoh dari Allah untukku.  Aku juga ingin men

ZIKIR ASMAULHUSNA UTK MENGATASI MASALAH *** MENGATASI MASALAH HUTANG

ZIKIR : YA ALLAH YA FATAH YA BASITH YA WASI' YA RAZAQ YA GHONIY YA MUGHNI YA AWWAL BICARA HATI :- YA ALLAH, YA FATAH,  BUKAKAN JALAN KELUAR DARIPADA MASALAH KEWANGANKU. SESUNGGUHNYA ENGKAULAH YA QOBIDH YANG MENYEMPITKANKU KERANA  KASIHMU KEPADAKU. YA ALLAH, YA BASITH, YA WASI' LAPANGKANLAH DAN LUASKAN HIDUPKU. YA ALLAH, YA RAZAQ, YA GHONIY, YA MUGHNI KURNIAKANKU SEDIKIT REZEKI DAN KEKAYAANMU AGAR DAPAT KU MEMPERBAIKI MASALAH KEWANGAN YANG KRITIKAL INI, SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA MEMBERI KEKAYAAN. YA ALLAH, YA AWWAL MOHON DIPERCEPATKAN SESUNGGUHNYA DAKU SUDAH TIDAK MAMPU MENANGGUNG UJIAN INI, SESUNGGUHNYA ENGKAU YANG MAHA MEMPERCEPATKAN LAGI MAHA MENUNAIKAN HAJAT, YA MUJIB Panduan : Zikir AsmaulHusna disarankan untuk dibaca sebanyak 40X selepas setiap kali Solat.  Sekiranya tidak sempat, bolehlah di baca ketika waktu lapang.  Bagi masalah yang kronik, eloklah dibaca selepas solat hajat/solat dhula/solat tahajud dengan di baca d