Skip to main content

Masa Tidak Akan Kembali

Semalam aku sempat meluangkan sedikit masa aku untuk menelefon ibu mertuaku di kampung. Rutin baru yang aku masukkan ke dalam jurnal kehidupanku semenjak kembalinya Arwah Abah ke Rahmatullah. Aku akan pastikan yang aku akan menelefon ibu mertua dua kali seminggu atau setidak-tidaknya sekali seminggu untuk bertanya khabar dan berkongsi cerita.

Aku tahu di hati ibu pastinya amat kehilangan arwah abah, pendamping hidupnya hampir 60 tahun. Tak dapat aku nak membayangkan kesedihan yang dia alami kerana aku sendiri yang baru menjadi menantu kepada arwah abah selama 17 tahunpun merasa amat sedih kerana kehilangannya. Rasanya Aidil Fitri pada tahun ini tidak lagi membawa makna apa-apa pada kami sekeluarga.

Andainya masa itu bisa kembali pasti aku akan cuba untuk meluangkan lebih banyak waktu untuk bersama Abah dan paling tidak aku pasti akan berusaha untuk pulang ke kampung sekerap yang mungkin agar dapat aku berbual dengan abah dan membawa dia bersiar-siar di tepi tasik Taiping. Sibuk tidak lagi akan menjadi alaan bagiku untuk tidak bersama abah. Andai aku tahu begitu singkat sisa waktu yang tertinggal pasti aku akan mengucapkan pada abah yang aku sangat-sangat sayangkan dia. Andai aku tahu begitu singkat sisa waktu yang tertinggal past aku cuba untuk melayani semua kerenah abah walaupun abah memang tak ada kerenahnya. Andai aku tahu akan keterbatasan waktu yang tinggal pasti aku akan membelai dan memeluk abah sebagai tanda aku sayangkan dia.

Ya Allah aku redha dengan takdirmu tapi aku kesal akan sikapku sebagai menantu yang abah sayangi, masih terlalu banyak perkara yang tidak sempat aku lakukan untuk abah dan tidak sempat pula aku ucapkan pada abah.

Ya Allah ampunilah segala dosa-dosa abah dan tempatlah dia bersama para solihin. Ameen

Comments

Popular posts from this blog

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana d...

HATI !!! ADAKAH ENGKAU TENANG HARI INI

Seringkali kita jaga hati insan lain, Namun hati sendiri terluka dalam sepi. Sampai bila harus begini? Kita jadi pendengar segala cerita, Tenang tatkala amarah melanda, Sabar, diam menanggung rasa. Namun siapa yang memeluk jiwa kita, Menyejukkan luka yang tak terucap? Tiada salahnya menjadi baik, Tapi salah jika kebaikan itu memakan jiwa, Menghancurkan diri dalam senyap. Hati kita juga punya rindu, Perlu diusap, perlu dijaga. Jika dunia tak mengerti, Biarlah kita yang merawat sendiri, Dengan kasih sayang yang tak bertepi. Mulailah hari ini, letakkan tangan di dada, Bisikkan pada hati, “Adakah kau tenang di hari ini?” Jangan lupa, kawan, Bahwa kita bukan malaikat tanpa kelemahan, Bukan batu karang yang tak retak atau rapuh. Kita juga manusia, Yang perlukan ruang untuk menangis, Untuk marah, untuk lelah, dan untuk sembuh. Berikan diri izin untuk berhenti sejenak, Menghela nafas dalam-dalam, Merasakan detak jantung yang sama, Sambil memeluk harapan yang masih t...