Skip to main content

Ramdhan Pergi...Syawal Menghampiri

Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya maka Syawal pun sudah hampir mengetuk di daun pintu. Hati pula bercampur aduk di antara suka dan duka...sedih meninggalkan Ramadhan dan gembira pula menyambut kemenangan berpuasa walaupun aku masih merasakan banyak kekurangan dalam aku melayari Ramadhan yang mulia ini.

Di corong-corong radio pula hampir semua stesyen radio sudah mula giat memainkan lagu-lagu raya dan ini membuatkan hati sang perantau melonjak-lonjak kegembiraan kerana tak lama lagi akan pulang ke kampung halaman untuk kembali berkumpul bersama-sama mereka-mereka yang di sayangi. Yang pasti gembira tentulah anak-anak, gembira kerana mendapat pakaian baru walaupun membeli pakaian baru tu sudah di anggap biasa tapi bila membeli pakaian baru untuk hari raya feelnya rasa amat berlainan sekali. Selain pakaian baru mereka tentunya gembira kerana mendapat duit raya...ha haa masa inilah anak-anak menjadi OKB (orang kaya baru) untuk seketika, masa tu mulalah mereka membeli sakan dengan duit raya yang terkumpul. Ibu dan ayah pula poketnya terkopak jugalah dengan persiapan hari raya, dengan budget duit raya juga dan kenaikan harga barang yang tak menentu ini membuat kita perlu berhemah sewaktu berbelanja walaupun raya itu hanyalah setahun sekali tapi perlu juga kita mengikut kemampuan sendiri.

Bagi aku pula pada tahun ini, kami akan menyambut hari raya secara ala kadar sahaja kerana kami masih merasa kehilangan orang yang kami sayangi iaitu arwah bapa mertuaku. Al-Fatihah untuknya.

Comments

Popular posts from this blog

SENNI 3A TERES 2 TINGKAT SUPERLINK VILLA TERBARU DI BUKIT BANYAN

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana d...