Skip to main content

Surah Al-Kausar





Petikan dari e-mail yang aku terima beberapa lama dahulu :-

Surah Al-Kausar adalah Surah yang paling pendek, Surahnya hanya mengadungi 3 ayat dan telah diturunkan di Makkah. Surah ini membawa maksud 'Sungai di Syurga'. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata yang cukup indah dan cantik. Surah ini disifatkan sebagai Surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w kerana ianya telah diturunkan ketika Baginda bersedih di atas kematian
dua orang yang Baginda kasihi iaitu puteranya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Di antara kelebihan surah ini yang boleh kita amalkan :

Baca Surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t makbulkan doa kita.

Seandainya kita kehausan dan tiada air, bacalah Surah ini dan gosok di leher, Insyaallah hilang dahaga.

Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan Surah ini sebanyak 10 kali pada mata.

Jika rumah dipercayai terkena sihir, bacalah Surah ini 10 kali, mudah-mudahan Allah s.w.t memberi ilham kepada kita di mana letaknya sihir itu.

Jika membacanya 1,000 kali Insyaallah rezeki kita akan bertambah

Seandainya kita rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan Solat

Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71 kali, Insyaallah Allah s.w.t akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalan tetapi telah di zalimi.

Semoga perkongsian ini memberik manafaat kepada kita semua. Amin

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

SENNI 3A TERES 2 TINGKAT SUPERLINK VILLA TERBARU DI BUKIT BANYAN

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana d...