Skip to main content

I MISS YOU ABAH

Alfatihah untuk ayahanda Haji Abd Rani bin Md Hussain.

Tanggal 12 October 2011, maka genaplah tiga bulan arwah Abah pergi menghadap Allah swt dan semenjak Abah meninggalkan kami pada 12 July 2011, tak ada satu haripun yang aku lalui tanpa tidak mengingati Abah. Aku sangat-sangat rindukan Abah dan walaupun aku hanyalah seorang menantu tapi aku merasa amat kehilangan Abah. Selama 17 tahun menjadi menantu kepada Abah, aku dapat merasakan yang diri aku di tatang sebagai minyak yang penuh, Abah begitu menyayangi aku dan juga sangat sayangkan Abah, tapi takdir telah menentukan di saat Abah menghembuskan nafas yang terakhir aku tiada di sisi Abah. Aku juga terkilan kerana beberapa bulan sebelum Abah menghadap Illahi aku juga terlalu disibukkan dengan urusan harianku sehinggakan aku dan suami tidak punya waktu untuk disisakan untuk menziarahi Abah. Jauh di sudut hati aku amat menyesal dengan sikap kami suami-isteri tapi penyesalan itu tak dapat merubah ketentuan takdir Allah.

Ya Allah ampunilah segala dosa-dosa Abah, dari sekecil-kecil dosa sehinggalah sebesar-besar dosa yang mungkin telah dilakukan secara sengaja atau tidak sengaja atau yang telah dilakukan secara di sedari ataupun tidak disedari. Kasihanilah Abah dan tempatkan Abah bersama-sama para Solihin. Amin

I LOVE YOU ANDA I REALLY MISS YOU ABAH.

Comments

Popular posts from this blog

SENNI 3A TERES 2 TINGKAT SUPERLINK VILLA TERBARU DI BUKIT BANYAN

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana d...