Skip to main content

Thank You ALLAH For All The Blessings I Have & For All The Blessings I Am Receiving

Dah lama juga aku tak sempat nak update blog aku ni, tak tahulah terasa macam setiap hari aku ni tak cukup masa saja nak update blog aku ni, tapi apa yang pasti ialah aku tetap akan berkunjung ke blog aku ni dan Alhamdulillah dari ke hari sudah ada juga insan-insan yang sudi berkunjung ke blog aku ni dan Alhamdulillah aku juga kerana ada yang sudi untuk menjadi follower. Terima kasih untuk semua.

Hari ini idea tak begitu mengalir tapi aku hanya ingin untuk berkongsi doa-doa harian yang sering aku amalkan di waktu solat dan juga di luar waktu solat. Semoga ianya akan membawa manafaat kepada kita semua.



YA ALLAH
JANGANLAH ENGKAU BEBANKAN KEPADA KAMI
BEBANAN YANG BERAT
SEBAGAIMANA YANG TELAH ENGKAU BEBANKAN
KEPADA ORANG YANG TERDAHULU DARIPADA KAMI

YA ALLAH
JANGANLAH ENGKAU PIKULKAN KEPADA KAMI
APA YANG KAMI TIDAK DAYA MEMIKULNYA
DAN MAAFKANLAH KESALAHAN KAMI
AMPUNKAN DOSA KAMI
DAN RAHMATILAH KAMI

Amin.



YA ALLAH
AMPUNILAH DAKU
RAHMATILAH DAKU
KAYAKAN DAKU
ANGKATLAH DARJATKU
REZEKIKAN DAKU
BERIKAN AKU HIDAYAH
SIHATKANLAH DAKU DAN
MAAFKANLAH DAKU

Amin.

YA ALLAH
BUATKAN AKU GEMBIRA
DENGAN SEGALA REZEKIMU YANG HALAL DAN
BUKAN YANG HARAM
BUATKAN AKU GEMBIRA
DENGAN PILIHANMU
SELAIN DARI DIRIMU

Amin.

YA ALLAH
SESUNGGUHNYA ENGKAULAH MAHA PENGAMPUN DAN
ENGKAU SUKAKAN PENGAMPUNAN
MAKA ENGKAU
AMPUNILAH DAKU

Amin

Comments

Popular posts from this blog

SENNI 3A TERES 2 TINGKAT SUPERLINK VILLA TERBARU DI BUKIT BANYAN

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana d...