Skip to main content

Bahagiakah Kita ??????

Semalam sewaktu aku sibuk mengemas timbunan majalah lama, sempat juga aku secara random membelek isi-isi kandungan yang menarik dan ada satu artikel yang menarik perhatian aku, ianya tentang ...... "KEBAHAGIAAN".

Wah....lantas aku terfikir, 'Bahagiakah Hatiku Ini?'...'Apakah yang dimaksudkan dengan kebahagiaan... 'Dimana dan bagaimanakah kita mencari kebahagiaan....'Apakah pula yang dapat kita jadikan pengukur sesebuah kebahagiaan itu?' Satu persatu soalan ini menerjah ke dalam kotak mindaku bagi mencari jawapan untuk diriku sendiri....BAHAGIAKAH AKU????

Ya..aku akui kebahagiaan itu adalah berbeza untuk setiap individu...ada orang yang hidup dalam serba kemewahan dan memiliki semua yang yang menjadi idaman dan keinginan setiap individu...tapi Bahagiakah mereka? Ada pula yang hidup melarat dalam serba kedaifan tapi mereka itu pula sungguh bahagia. Aneh....kan....itulah hakikat kehidupan....keperluan dan keinginan kita tak mungkin selari dengan keinginan dan keperluan orang lain di sekeliling kita.

Kebahagiaan yang hakiki itu bukannya terletak pada harta-benda yang kita miliki, pangkat yang kita sandang, berapa banyak simpanan yang kita ada tapi bagi aku kebahagiaan itu letaknya di HATI kerana jika hati kita tenang, damai dan gembira maka KEBAHAGIAAN itu pastinya datang sendiri.

Mengingati ALLAH s.w.t adalah kunci kedamaian di hati....

Ya Allah Aku Memohon KepadaMu....Sucikanlah Hati Ini dan Kurniakanlah Aku Kebahagiaan Yang Hakiki...Dengan KeredhaanMu..

Comments

Popular posts from this blog

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana dialah jodoh dari Allah untukku.  Aku juga ingin men

ZIKIR ASMAULHUSNA UTK MENGATASI MASALAH *** MENGATASI MASALAH HUTANG

ZIKIR : YA ALLAH YA FATAH YA BASITH YA WASI' YA RAZAQ YA GHONIY YA MUGHNI YA AWWAL BICARA HATI :- YA ALLAH, YA FATAH,  BUKAKAN JALAN KELUAR DARIPADA MASALAH KEWANGANKU. SESUNGGUHNYA ENGKAULAH YA QOBIDH YANG MENYEMPITKANKU KERANA  KASIHMU KEPADAKU. YA ALLAH, YA BASITH, YA WASI' LAPANGKANLAH DAN LUASKAN HIDUPKU. YA ALLAH, YA RAZAQ, YA GHONIY, YA MUGHNI KURNIAKANKU SEDIKIT REZEKI DAN KEKAYAANMU AGAR DAPAT KU MEMPERBAIKI MASALAH KEWANGAN YANG KRITIKAL INI, SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA MEMBERI KEKAYAAN. YA ALLAH, YA AWWAL MOHON DIPERCEPATKAN SESUNGGUHNYA DAKU SUDAH TIDAK MAMPU MENANGGUNG UJIAN INI, SESUNGGUHNYA ENGKAU YANG MAHA MEMPERCEPATKAN LAGI MAHA MENUNAIKAN HAJAT, YA MUJIB Panduan : Zikir AsmaulHusna disarankan untuk dibaca sebanyak 40X selepas setiap kali Solat.  Sekiranya tidak sempat, bolehlah di baca ketika waktu lapang.  Bagi masalah yang kronik, eloklah dibaca selepas solat hajat/solat dhula/solat tahajud dengan di baca d