Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2011

Doa Seorang Isteri dan Seorang Ibu Untuk Suami dan Ahli Keluarganya

Hari ini aku ingin kongsikan sebuah doa yang pernah aku baca dari salah sebuah blog sejak beberapa lama dulu dan semenjak itulah aku pasti menjadikan doa ini di antara doa-doa favourite aku. Walau bagaimanapun Aku mohon maaf kerana aku sudah lupa linknya...dan apakah nama blognya. Walau bagaimanapun terima kasih dan semoga pemilik blog itu sentiasa akan di Rahmati Allah dan di permudahkan segala urusannya, dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik.. Amin BISMILLAHHIROHMANNIRROHIM 'Ya Allah, berikanlah suamiku kemudahan rezekinya, jika letaknya masih jauh maka dekatkanlah. Jika masih ada dilangit maka segera turunkanlah untuknya. Jika tertahan didasar bumi hanya Engkaulah yg mampu mengeluarkannya. Ya Allah, berkahilah rezeki yang diperoleh suamiku agar membawa kebaikan bagi kami sekeluarga di dunia & di akhirat.' ‘Ya Allah, jadikanlah hari ini sebagai pembuka pintu rezeki, pintu keberkahan, pintu kebaikkan, pintu nikmat, pintu kesabaran, pintu kekua

Arrival @ Terminal 3 Soekarno Hatta Jakarta

Kami anak-beranak berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada jam 8:50 pagi dan tiba di Jakarta 2 jam kemudiannya. Waktu Indonesia adalah lewat 1 jam dari Malaysia. Keadaan di Lapangan Terbang T3 Soekarno Hatta Jakarta pada pagi itu tidaklah begitu sesak, oleh itu urusan Imigresen dan Kastam di Lapangan Terbang berjalan lancar. Turut menyertai kami ke Jakarta ialah sahabat baik kami iaitu Encik Sidek beserta isteri serta mertuanya dan Encik Wan Hazim yang pergi sendirian tanpa ditemani keluarga memandangkan anak-anaknya masih lagi kecil. Walau bagaimanapun kami berpisah dengan mereka di Lapangan Terbang itu kerana arah serta tujuan kami berbeza. Mereka dari sejak awal lagi sudah merancang untuk bermain golf di Bogor dan Bandung, manakala kami pula hanya menghabiskan percutian kami di Jakarta sahaja dan tiada perancangan untuk bermain golf. Walaupun si putera dan suami aku agak keciwa kerana tidak dapat bermain golf di Indonesia pada kali ini tapi Insyaa

Liburan di Jakarta - Penang International @ Jakarta Soekarno

Akhirnya perancangan yang telah dibuat sejak Jun 2011 untuk bercuti ke Jakarta bersama keluarga dapat direalisasikan. Alhamdulillah pada tanggal 2 Disember 2011, berangkatlah kami sekeluarga dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang menuju ke Lapangan Terbang Jakarta Soekarno, Jakarta dengan menaiki pesawat Airbus Air Asia QZ 7669. Penerbangan mengambil masa selama 2 jam 20 minit. Terpancar keriangan di wajah putera dan puteri kesayangan takkala menjejakkan kaki di bumi Indonesia. Sesampainya di negara orang aku merasa amat bersyukur kerana tinggal di bumi bertuah MALAYSIA...... Tunggu untuk coretan selanjutnya......