Kami anak-beranak berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada jam 8:50 pagi dan tiba di Jakarta 2 jam kemudiannya. Waktu Indonesia adalah lewat 1 jam dari Malaysia. Keadaan di Lapangan Terbang T3 Soekarno Hatta Jakarta pada pagi itu tidaklah begitu sesak, oleh itu urusan Imigresen dan Kastam di Lapangan Terbang berjalan lancar.
Turut menyertai kami ke Jakarta ialah sahabat baik kami iaitu Encik Sidek beserta isteri serta mertuanya dan Encik Wan Hazim yang pergi sendirian tanpa ditemani keluarga memandangkan anak-anaknya masih lagi kecil. Walau bagaimanapun kami berpisah dengan mereka di Lapangan Terbang itu kerana arah serta tujuan kami berbeza. Mereka dari sejak awal lagi sudah merancang untuk bermain golf di Bogor dan Bandung, manakala kami pula hanya menghabiskan percutian kami di Jakarta sahaja dan tiada perancangan untuk bermain golf. Walaupun si putera dan suami aku agak keciwa kerana tidak dapat bermain golf di Indonesia pada kali ini tapi Insyaallah aku dan suami telah merancang untuk kembali lagi ke Jakarta & Bandung dan Insyaallah juga akan memanjangkan sedikit percutian kami agar mereka berdua dapat bermain golf di tempat orang.
Kami dan kawan-kawan kemudiannya menuju ke pintu keluar dan mendapati begitu ramai sekali pemandu teksi yang sedang cuba untuk mendapatkan penumpang. Alhamdulillah kami di perkenalkan dengan seorang pemandu teksi oleh Pak Irwan yang sudah biasa di tempah perkhidmatannya oleh En Sidek setiap kali beliau berkunjung ke Jakarta. Kami kemudiannya menuju ke The Batavia Hotel.
Sebelum berlepas ke Jakarta, bermacam-macam komen negatif tapi tak kurang juga yang positif yang aku baca melalui internet mengenai hotel ini dan juga petugasnya.
Tetapi apa yang di baca sebelum ini tentang hotel ini ternyata agak sedikit berbeza malah setibanya aku dan keluarga di lobi hotel, kami telah di sambut dengan ramah dan berbudi-bahasa sekali oleh petugas-petugas hotel hotel. Walaupun keadaan di dalam hotel seolah-olah tidak cukup cahaya dari lampu yang dipasang tapi aku kagum dengan kesenian hotel tersebut walaupun telah agak lama di bina sewaktu zaman Belanda dulu tapi rekabentuknya sungguh istimewa. Hiasan dalamnya juga mengambarkan ciri-ciri zaman penjajah. Unik dan cantik sekali.
Sementara menunggu bilik kami disiapkan makan kami sempat juga mengorder makan ringan sebagai alas perut iaitu Nasi Goreng dan Koew Teow Goreng tapi aku dah lupa apakah nama yang diletakkan di dalam menu tersebut. Tastenya agak ok juga, kata orang bolehlah diterima oleh tekak aku dan anak-anak.
Biliknya agak luas, walaupun sudah agak lama tapi kebersihannya kira okaylah. Sewaktu merenung keluar jendela bilik aku dapat melihat sebuah jambatan lama yang sewaktu masa dulu menurut suami aku kawasan itu adalah sebuah pelabuhan yang aktif dengan perdagangan. Rupanya jambatan itu adalah salah sebuah kawasan tarikan pelancong dan ianya dikenali sebagai Jembatan Kota Intan. Dihati aku tertanya-tanya takkanlah jambatan yang kelihatan usang sebegitu dijadikan tarikan pelancong. Rupa-rupanya jambatan itu memang kelihatan usang di waktu siang tetapi pada waktu malam, ianya di hiasi dan diterangi dengan lampu-lampu yang membuatkan jambatan itu kelihatan sungguh menarik.
Menurut aku lokasi hotel tempat kami menginap itu sangat strategik iaitu di Kota Business District ataupun dikenali juga sebagai Kotatua Historical City dan kedudukannya juga adalah berdekatan dengan pusat membeli-belah seperti Mangga 2, Taman Impian Ancol dan juga pusat tarikan pelancong seperti Jembatan Kota Intan yang letaknya betul-betul di hadapan hotel. Pelabuhan Sunda Kelapa, Fathillah Museum, Pupperty Museum dan The Red House semua tempat-tempat ini dapat ditujui dengan berjalan kaki antara 10 - 15 minit sahaja.
Dari jendela bilik hotel itu juga aku dapat memerhatikan cerita kehidupan rakyatnya. Kelihatan begitu banyak rumah-rumah setinggan yang dibina di kiri dan kanan landasan keretapi dan kelihatannya sangat sesak, kelihatan juga pengangkutan awam di seberang sungai yang sudah agak uzur tapi masih lagi digunakan sebagai pengangkutan masyarakat di sana.
Okay aku berhenti di sini dulu dan akan aku sambung lagi di entri yang akan datang tentang JAKARTA.......
Comments
Post a Comment