Skip to main content

Doa Seorang Isteri dan Seorang Ibu Untuk Suami dan Ahli Keluarganya

Hari ini aku ingin kongsikan sebuah doa yang pernah aku baca dari salah sebuah blog sejak beberapa lama dulu dan semenjak itulah aku pasti menjadikan doa ini di antara doa-doa favourite aku. Walau bagaimanapun Aku mohon maaf kerana aku sudah lupa linknya...dan apakah nama blognya. Walau bagaimanapun terima kasih dan semoga pemilik blog itu sentiasa akan di Rahmati Allah dan di permudahkan segala urusannya, dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik.. Amin

BISMILLAHHIROHMANNIRROHIM


'Ya Allah, berikanlah suamiku kemudahan rezekinya, jika letaknya masih jauh maka dekatkanlah. Jika masih ada dilangit maka segera turunkanlah untuknya. Jika tertahan didasar bumi hanya Engkaulah yg mampu mengeluarkannya. Ya Allah, berkahilah rezeki yang diperoleh suamiku agar membawa kebaikan bagi kami sekeluarga di dunia & di akhirat.'


‘Ya Allah, jadikanlah hari ini sebagai pembuka pintu rezeki, pintu keberkahan, pintu kebaikkan, pintu nikmat, pintu kesabaran, pintu kekuatan, pintu kesihatan, pintu keselamatan, pintu kesegaran & pintu syurga bagi kami. Ya Allah, jadikanlah kehidupan keluarga kami sesuai dengan tuntutan, bimbingan & keredhaanMu.’


‘Ya Allah, Engkaulah Maha Pengubah Segala Derita, ubahlah derita sesiapapun hambaMu menjadi bahagia, air mata menjadi senyuman & kehinaan menjadi kemuliaan. Ya Allah, bimbinglah kami menuju kebahagiaan yang Engkau redhai’.


‘Ya Allah, Engkaulah sumber kebahagiaan kami, Engkau yang menyembuhkan setiap luka dengan segenap cintaMu. aku mohon kepada Engkau Ya Allah, sembuhkanlah sesiapapun yang memiliki luka dihatinya’.


‘Ya Allah, tak terhitung banyak nikmat yang telah Engkau anugerahkan kepada kami & keluarga kami dihari ini, Jadikanlah anugerahMu bermanfaat bagi kami & keluarga kami agar kami sentiasa berjalan diatas petunjukMu. Ya Allah, sayangilah kami & berkahilah apa yg telah Engkau anugerahkan kepada kami & keluarga kami dengan menjauhkannya dari segala kesulitan & marabahaya.


Semoga perkongsian ini memberi manafaat buat kita semua Ameen. Semoga Allah swt memanjangkan ikatan jodoh di antara aku dan suami sehingga ke akhir-hayat kami. Semoga juga dengan limpahan rahmat dan kasih-sayangNya kami juga kekal bahagia sehingga ke hujung nyawa. Ameen.

Comments

Popular posts from this blog

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana d...

HATI !!! ADAKAH ENGKAU TENANG HARI INI

Seringkali kita jaga hati insan lain, Namun hati sendiri terluka dalam sepi. Sampai bila harus begini? Kita jadi pendengar segala cerita, Tenang tatkala amarah melanda, Sabar, diam menanggung rasa. Namun siapa yang memeluk jiwa kita, Menyejukkan luka yang tak terucap? Tiada salahnya menjadi baik, Tapi salah jika kebaikan itu memakan jiwa, Menghancurkan diri dalam senyap. Hati kita juga punya rindu, Perlu diusap, perlu dijaga. Jika dunia tak mengerti, Biarlah kita yang merawat sendiri, Dengan kasih sayang yang tak bertepi. Mulailah hari ini, letakkan tangan di dada, Bisikkan pada hati, “Adakah kau tenang di hari ini?” Jangan lupa, kawan, Bahwa kita bukan malaikat tanpa kelemahan, Bukan batu karang yang tak retak atau rapuh. Kita juga manusia, Yang perlukan ruang untuk menangis, Untuk marah, untuk lelah, dan untuk sembuh. Berikan diri izin untuk berhenti sejenak, Menghela nafas dalam-dalam, Merasakan detak jantung yang sama, Sambil memeluk harapan yang masih t...