Skip to main content

Al-Fatihah Untuk Allahyarham Mustafa Che Mee

Al-Fatihah.....untuk Allahyarham Mustafa Che Mee' Selepas Isyak, tanggal 17 April 2012, seorang sahabat yang telah kami kenali sejak sekian lama telah pergi di jemput menghadap Allah s.w.t. Walau bagaimanapun aku dapat merasakan yang suami aku amat terasa kehilangan akan seorang sahabat yang telah begitu lama dikenali dan telah lama berkongsi cerita dan teman berbual. Perginya beliau meninggalkan seorang balu dan tiga orang puteri. Pastinya bagi Kak Mah dan anak-anak, pemergiaan allahyarham amatlah mengejutkan kerana ianya secara tiba-tiba. Tapi sebagai orang Islam pastilah kita terpaksa redha dengan takdir Allah dan sesungguhnya ajal, maut, jodoh dan pertemuan adalah rahsia Allah. Semoga Allah swt mengampunkan segala dosa-dosanya, dari sekecil-kecil dosa sehinggalah sebesar-besar dosa dan semoga Allah swt juga mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkan dia bersama-sama para shuhada dan para solihin. Amin

Comments

Popular posts from this blog

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana d...

HATI !!! ADAKAH ENGKAU TENANG HARI INI

Seringkali kita jaga hati insan lain, Namun hati sendiri terluka dalam sepi. Sampai bila harus begini? Kita jadi pendengar segala cerita, Tenang tatkala amarah melanda, Sabar, diam menanggung rasa. Namun siapa yang memeluk jiwa kita, Menyejukkan luka yang tak terucap? Tiada salahnya menjadi baik, Tapi salah jika kebaikan itu memakan jiwa, Menghancurkan diri dalam senyap. Hati kita juga punya rindu, Perlu diusap, perlu dijaga. Jika dunia tak mengerti, Biarlah kita yang merawat sendiri, Dengan kasih sayang yang tak bertepi. Mulailah hari ini, letakkan tangan di dada, Bisikkan pada hati, “Adakah kau tenang di hari ini?” Jangan lupa, kawan, Bahwa kita bukan malaikat tanpa kelemahan, Bukan batu karang yang tak retak atau rapuh. Kita juga manusia, Yang perlukan ruang untuk menangis, Untuk marah, untuk lelah, dan untuk sembuh. Berikan diri izin untuk berhenti sejenak, Menghela nafas dalam-dalam, Merasakan detak jantung yang sama, Sambil memeluk harapan yang masih t...