Skip to main content

Cabaran 31 Hari Untuk Diriku......Boleh keeee ??????

Disebabkan oleh kemalasan aku untuk mengupdate blog aku ini, maka aku telah mengambil keputusan untuk mencabar diriku sendiri untuk menulis satu topik sehari selama 30 hari. Haa haa masalahnya sekarang boleh keeee???? Bak kata Dr Azizan, Fast Action...Fast Result...Terhegeh-hegeh Action Maka Terhegeh-hegeh Result...Betullah aku ni sudah tergolong dalam terhegeh-hegeh action sebab itulah terhegeh-hegeh result.
  1. Cabaran 1 - Apakah yang mendorong aku untuk menulis blog ini
  2. Cabaran 2 - Kenapa aku menulis dan memilih nama blog ini "Diari hati Ummi"
  3. Cabaran 3 - Kenapa aku mencabar diri aku sendiri dengan cabaran ini.
  4. Cabaran 4 - Siapakah Aku dan gambar paling latest aku.
  5. Cabaran 5 - Siapakah ahli keluarga aku dan gambar latest kami sekeluarga
  6. Cabaran 6 - Luahan rasa kasih dan sayang aku terhadap kedua ibu-bapa aku
  7. Cabaran 7 - Apakah impian aku
  8. Cabaran 8 - Zaman persekolahan aku di sekolah rendah, menengah dan kolej
  9. Cabaran 9 - Kerjaya pertama aku sehinggalah sekarang
  10. Cabaran 10 - Apakah hobi aku di masa lapang
  11. Cabaran 11 - Apakah masakan kegemaran aku
  12. Cabaran 12 - Apakah habit yang aku tidak dapat buang dari diriku
  13. Cabaran 13 - Gambar kenangan ke tempat atau negara yang pernah aku lawati
  14. Cabaran 14 - Apakah goal jangka pendek aku yang aku ingin capai secepat mungkin
  15. Cabaran 15 - Apakah lagu-lagu kegemaran aku yang paling aku suka mendengarnya di waktu aku gembira, sedih, suka atau duka....
  16. Cabaran 16 - Siapakah sahabat-sahabat di sekeliling aku
  17. Cabaran 17 - Rancangan TV atau Radio yang aku gemar
  18. Cabaran 18 - Apakah nama timangan aku
  19. Cabaran 19 - Gambar kenangan yang buat aku sangat gembira
  20. Cabaran 20 - Siapakah idola yang aku kagumi
  21. Cabaran 21 - Siapakah orang yang ingin aku lupakan dari ingatan aku
  22. Cabaran 21 - Surat untuk seseorang yang pernah membuatkan hatiku sangat terluka
  23. Cabaran 22 - Apakah kerjaya impian aku
  24. Cabaran 23 - Seandainya aku menjadi jutawan apakah yang ingin aku lakukan
  25. Cabaran 24 - Dalam masa beberapa bulan ini apakah yang aku belajar tentang kehidupan
  26. Cabaran 25 - Apakah barang yang wajib ada di dalam hand-bag aku
  27. Cabaran 26 - Sejak beberapa bulan ini siapakah atau apakah yang telah membuatkan aku merasa sangat bangga
  28. Cabaran 27 - Adakah aku gembira dengan kehidupan aku sekarang?
  29. Cabaran 28 - Adakah aku selesa dengan berat-badan aku sekarang?
  30. Cabaran 29 - Siapakah orang yang paling aku sayang tapi telah meninggalkan aku
  31. Cabaran 30 - Gambar aku dengan kawan-kawan
  32. Cabaran 31 - Apakah yang mendorong aku untuk menulis blog ini
Huuuh  aku sendiri merasa takut dengan cabaran ini, tapi Insyaallah aku akan cuba untuk melaksanakannya bermula 1 May 2012 nanti. Bukan sengaja delay, tapi kerana aku perlu plan dan mencari gambar-gambar yang perlu aku kongsikan di sini untuk tatapan pengunjung blog aku ini... Semoga aku berjaya mencabar diriku sendiri dan semoga aku juga  akan dapat merealisasikan cabaran untuk semua tajuk di atas.  Insyaallah Aku Boleh !!!!!!!!!!

Comments

Popular posts from this blog

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana d...

HATI !!! ADAKAH ENGKAU TENANG HARI INI

Seringkali kita jaga hati insan lain, Namun hati sendiri terluka dalam sepi. Sampai bila harus begini? Kita jadi pendengar segala cerita, Tenang tatkala amarah melanda, Sabar, diam menanggung rasa. Namun siapa yang memeluk jiwa kita, Menyejukkan luka yang tak terucap? Tiada salahnya menjadi baik, Tapi salah jika kebaikan itu memakan jiwa, Menghancurkan diri dalam senyap. Hati kita juga punya rindu, Perlu diusap, perlu dijaga. Jika dunia tak mengerti, Biarlah kita yang merawat sendiri, Dengan kasih sayang yang tak bertepi. Mulailah hari ini, letakkan tangan di dada, Bisikkan pada hati, “Adakah kau tenang di hari ini?” Jangan lupa, kawan, Bahwa kita bukan malaikat tanpa kelemahan, Bukan batu karang yang tak retak atau rapuh. Kita juga manusia, Yang perlukan ruang untuk menangis, Untuk marah, untuk lelah, dan untuk sembuh. Berikan diri izin untuk berhenti sejenak, Menghela nafas dalam-dalam, Merasakan detak jantung yang sama, Sambil memeluk harapan yang masih t...