Skip to main content

Maafkan Ummi Sayang.....'

Kenapa aku merasakan sungguh sulit untuk bersabar dengan kerenah anak-anak... Aku sering terfikir kenapa sulit untuk membuatkan anak-anak itu faham yang kita sebagai ibu dan bapa sangat sayangkan anak-anak kita. Sebagai ibu kepada seorang putera dan seorang puteri, aku tak mungkin pula akan membezakan kasih dan sayang aku terhadap mereka. Kerana bagi aku, mereka berdua adalah segala-galanya bagi diri aku. Seandainya aku melihat mereka sedih pasti itu akan membuat aku lebih tersiksa. Ada kalanya mereka aku marahi bukan kerana aku tak sayang tapi kerana aku bimbang kesalahan yang tak ditegur atau diperbetulkan akan menjerumuskan mereka kepada kesalahan demi kesalahan yang lain pula. Abang kini sudah banyak sangat berubah sudah leka sekali dengan cinta monyetnya, aku tahu si gadis itu adalah seorang yang baik dan dari keluarga yang baik-baik dan berkedudukan juga tapi perjalanan hidup mereka masih panjang dan along the line mereka masih punya banyak peluang untuk berjumpa atau terjumpa dengan orang lain dan usia sekarang ini bukanlah sesuai lagi untuk bercinta kerana masih terlalu muda. Memang lumrah untuk anak-anak jatuh cinta pada usia 16 - 17 tahun tapi bagaimana untuk aku membuat mereka faham yang adalah lebih baik mereka menjadi kawan yang baik kerana perhubungan sebagai kawan itu akan kekal ke dewasa kelak dan ianya tidak menyakitkan andai persahabatan itu putus di tengah jalan, tapi kegagalan cinta monyet itu sungguh menyakitkan. Puas sudah aku menasihati tapi ternyata si putera ini masih tidak dapat menerimanya. Walaupun pelajaran masih ok dan masih dalam kawalan tapi aku yakin dia masih boleh lebih fokus untuk SPM andainya tiada gangguan "bercinta" ini... Yang aku paling tak boleh tahan ialah di masa lapang asyik di depan komputer dengan chatting @ FB dan tangan pula sungguh sibuk dengan sms. Kadang-kadang memang aku tahu, sudah letih menasihati cara baik-baik, angin akupun naik juga, so aku jadi hilang sabar dan aku mulalah membebel-membebel dan membebel. Aku tahu si putera mesti bosan dengan bebelan aku tu tapi...di satu sudut hatinya aku cuma berharap yang si putera faham yang aku membebel kerana aku sangat-sangat sayangkan dia dan aku tak mahu dia disakiti atau patah hati, kerana sebagai ibu pastilah aku juga aku akan merasai kepedihan di hatinya itu. Lain pula dengan si puteri bongsu ini, cepat pula merajuk dan sangat degil pula. Bila menghadap TV dengan remote control di tangan, dari satu channel ke satu channel di tukarnya, yang paling aku benci ialah gelombang Korea juga telah menyelinap ke hati dia...hhuuuu asal saja movie korea, hiburan korea ataupun apa-apa ajalah mesti begitu kusyuk di tontonnya. Dah letih bercakap dan letih juga berleter tapi gitu juga. Hari cuti sekolah TV di hadapnya dari pagi sehinggalah ke petang, sanggup lewatkan mandi dan makan. Bila aku bising, dia kata aku tak sayang dia dan aku cuma sayangkan abang. Paling sakit bila dia kata...aku selalu cari salah dia tapi abang tu pergi dating walaupun aku tahu tapi aku buat tak kisah. Binggung aku di buatnya...tak tahu macam-mana nak buat mereka faham, aku memang selalu marah abang kerana dating di library awam tapi aku marah di belakang dia tapi mungkin silap aku juga kerana ada kalanya aku marah dia di depan abang. Tapi macam mana nak sabar kalau mata asyik mengadap TV atau laptop saja.....Hati ibu mana lagi dapat bersabar. Mujurlah kedua-dua mereka di anugerahkan dengan otak yang agak bijak dan cerdas, tapi sebijak manapun anugerah Allah s.w.t itu jika tidak di gunakan akan berkarat juga jadinya. Wahai anak-anak Ummi, maafkan Ummi kerana selalu membebel dan marah-marah tapi Ummi buat ni kerana Ummi sangat-sangat sayangkan anak-anak Ummi dan Ummi ingin melihat keduanya berjaya dunia dan akhirat. Andainya Ummi menyakiti hati kalian maka ketahuilah wahai anak-anakku hati Ummi ini lebih sakit dan sedih setiap kali memarahi kalian... Maafkan Ummi Sayang...'

Comments

Popular posts from this blog

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana d...

HATI !!! ADAKAH ENGKAU TENANG HARI INI

Seringkali kita jaga hati insan lain, Namun hati sendiri terluka dalam sepi. Sampai bila harus begini? Kita jadi pendengar segala cerita, Tenang tatkala amarah melanda, Sabar, diam menanggung rasa. Namun siapa yang memeluk jiwa kita, Menyejukkan luka yang tak terucap? Tiada salahnya menjadi baik, Tapi salah jika kebaikan itu memakan jiwa, Menghancurkan diri dalam senyap. Hati kita juga punya rindu, Perlu diusap, perlu dijaga. Jika dunia tak mengerti, Biarlah kita yang merawat sendiri, Dengan kasih sayang yang tak bertepi. Mulailah hari ini, letakkan tangan di dada, Bisikkan pada hati, “Adakah kau tenang di hari ini?” Jangan lupa, kawan, Bahwa kita bukan malaikat tanpa kelemahan, Bukan batu karang yang tak retak atau rapuh. Kita juga manusia, Yang perlukan ruang untuk menangis, Untuk marah, untuk lelah, dan untuk sembuh. Berikan diri izin untuk berhenti sejenak, Menghela nafas dalam-dalam, Merasakan detak jantung yang sama, Sambil memeluk harapan yang masih t...