Skip to main content

MSSM Golf 2012, Meru Valley Resort, Ipoh - 6 - 8 March

Pada 6 - 8 March 2012 yang lepas telah berlansung Kejohanan MSSM Golf 2012 di Meru Valley Resort untuk peserta lelaki manakala untuk peserta wanita pula telah berlangsung di Clearwater Golf Resort. Pada kali ini Perak telah menjadi tuan rumah untuk kejohanan tersebut. Alahamdulillah, inilah adalah kali ketiga si putera mewakili Negeri Kedah untuk kejohanan MSSM. Bermula pada tahun 2010 di Negeri Sembilan, 2011 di Negeri Selangor dan 2012 di Negeri Perak. Tahun 2012 adalah tahun terakhir bagi dirinya kerana tahun ini dia sudah di Tingkatan 5. Pertandingan berlangsung selama tiga hari berturut-turut dan aku beserta suami serta si puteri telah turun ke Ipoh untuk memberikan semangat untuk si putera yang sedang berjuang untuk mendapatkan placing yang baik. Pada hari pertama si putera bermain dengan score yang sangat baik iaitu 74 stroke saja, namun hari kedua dan ketiga agak mengeciwakan. Kami faham selain faktor cuaca yang agak buruk kerana hujan yang berterusan sejak petang hari kedua pertandingan hinggalah ke pagi hari terakhir pertandingan memburukkan lagi prestasi permainan juga kerana terlalu letih kerana rehat yang tidak cukup dan terpaksa pula bangun seawal 5:00 pagi. Selain itu jumlah yang agak ramai ditempatkan di dalam sesebuah bilik memburukkan lagi keadaan. So kena bangun lebih awal untuk membersih dan menyiapkan diri. Kontigen Negeri Kedah juga telah bertolak lebih awal ke Perak iaitu pada 1hb March 2012, hampir seminggu sebelum pertandingan di adakan. Walaupun si putera agak keciwa dengan hasil usahanya tetapi kami masih tetap berbangga degan pencapaiannya kerana beliau bertanding mewakili Negeri Kedah dan beliau juga adalah Johan MSSK 2012 sebelum layak ke MSSM. Insyaallah selepas SPM nanti kami berhasrat untuk memberi peluang untuk dia lebih expose di dalam kejohanan-kejohanan yang lebih besar dan berprestij kerana exposure itu penting di dalam permainan GOLF, lebih banyak tournament yang disertai maka lebih banyaklah peluang untuk memperbaiki permainan dan lebih banyaklah pula pengalaman yang akan di timba. Aku berdoa semoga satu hari nanti si putera akan berjaya dalam sukan Golf yang sudah lama sebati dengan dirinya. Semoga one day you will turn to be a successful Pro in Malaysia. Ameen. Ummi and Abah is always proud with you.

Comments

Popular posts from this blog

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana d...

HATI !!! ADAKAH ENGKAU TENANG HARI INI

Seringkali kita jaga hati insan lain, Namun hati sendiri terluka dalam sepi. Sampai bila harus begini? Kita jadi pendengar segala cerita, Tenang tatkala amarah melanda, Sabar, diam menanggung rasa. Namun siapa yang memeluk jiwa kita, Menyejukkan luka yang tak terucap? Tiada salahnya menjadi baik, Tapi salah jika kebaikan itu memakan jiwa, Menghancurkan diri dalam senyap. Hati kita juga punya rindu, Perlu diusap, perlu dijaga. Jika dunia tak mengerti, Biarlah kita yang merawat sendiri, Dengan kasih sayang yang tak bertepi. Mulailah hari ini, letakkan tangan di dada, Bisikkan pada hati, “Adakah kau tenang di hari ini?” Jangan lupa, kawan, Bahwa kita bukan malaikat tanpa kelemahan, Bukan batu karang yang tak retak atau rapuh. Kita juga manusia, Yang perlukan ruang untuk menangis, Untuk marah, untuk lelah, dan untuk sembuh. Berikan diri izin untuk berhenti sejenak, Menghela nafas dalam-dalam, Merasakan detak jantung yang sama, Sambil memeluk harapan yang masih t...