Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2012

CERPEN - ANDAI INILAH TAKDIRNYA

Alhamdulillah akhirnya pagi ini aku telah dapat menyiapkan cerpen aku yang bertajuk "ANDAI INILAH TAKDIRNYA".  Actually dah beberapa hari aku cuba siapkan cerpen ni tapi tak berkesempatan.    Cerpennya telahpun aku kirimkan ke Editor Majalah Mingguan Wanita.  Ianya adalah pengalaman yang aku lalui ketika ini..........Semoga ianya disiarkan, Amin. Beginilah kisahnya..................... ANDAI INILAH TAKDIRNYA Satu petang yang indah   tiba-tiba terasa hidupku terlalu kosong dan habar. Mengapa setelah usia   perkahwinan aku yang   mencecah lebih   18 tahun, aku dan anak-anak   ditakdirkan untuk berpisah dengan suami tercinta.   Ternyata perpisahan ini begitu   sulit   bagiku namun   tidak   juga mudah buat suami dan   anak-anak.   Yang namanya takdir Allah tak siapa dapat menduga atau menghalangnya.    Aku sendiri   sukar untuk menerima ketentuan ini tetapi   perancangan Allah seringkali   adalah yang terbaik untuk hambanya. Masih jelas di ingatan,   pada suatu ha

QUOTES BY - JOHN LENNON

14 September 2012 @ HAPPY BIRTHDAY TO ME

Alhamdulillah. Syukur Ya ALLAH kerana di berikan kesempatan untuk menambah setahun lagi usiaku.  Syukur juga padaMu Ya ALLAH kerana aku masih dikurniakan kesihatan yang baik, Suami yang amat menyintai dan menyayangiku, anak-anak yang sentiasa menceriakan kehidupanku, kedua ibu dan bapa yang juga sangat penyayang dan sanggup berkorban apa saja untuk kebahagiaan semua anak-anaknya, majikan yang sangat perihatin dan mengambil-berat tentang hal kebajikan aku sebagai pekerjanya serta rakan-rakan dan jiran-jiran yang sentiasa menghulurkan tangan saat aku memerlukan bantuan.  Alhamdulillah Terima Kasih Ya ALLAH untuk semua nikmat yang di kurniakan kepadaku, keluargaku dan mereka-mereka yang aku sayangi di sekelilingku. Insyaallah aku ingin berusaha lebih kuat lagi dan ISTIQOMAH  untuk lebih mendekatkan diriku padaMu Ya ALLAH.  Aku juga berharap agar aku dapat melakukan lebih banyak kebaikan hanya keranaMu Ya ALLAH dan aku mohon padaMu agar Engkau dapat membantu aku untuk menjauhka

Selamat Hari Raya Aidil Fitri @ 2012

Walaupun Syawal sudahpun menghampiri minggu ke 3, namun aku rasa masih belum terlambat untuk aku mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI @ MAAF ZAHIR & BATIN" kepada semua Muslimin dan Muslimat.  Harapanku agar Ramadan yang telah ditinggalkan  merupakan Ramadan yang terbaik dan yang terindah untuk dikenang dan semoga ianya juga bukanlah  Ramadan yang terakhir buat diri kita, Insyaallah. Semoga kehadiran Aidil Fitri ini mampu untuk mengeratkan lagi pertalian silaturrahim di antara kita, merapatkan kembali hubungan yang renggang dan mendekatkan pula hubungan yang jauh, Amin. Alhamdulillah  Syukur dan Terima Kasih padaMU Ya Allah di atas kesempatan yang diberikan kepadaku untuk melalui Ramadan pada tahun ini dan juga berpeluang meraikan Syawal yang ceria.